Ekori konvoi polis pengiring, pemandu SUV ditahan
Ekori konvoi polis pengiring, pemandu SUV ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kerana berterusan mengekori konvoi polis pengiring walaupun sudah diberi amaran, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) menghala Klang.
“SUV jenis Honda CR-V dipandu seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun itu mengekori konvoi polis yang sedang mengiringi pergerakan Timbalan Perdana Menteri dari Kajang menghala ke Pusat Perubatan Sunway di Subang Jaya.
“Seorang anggota polis bertugas sebagai juruiring dalam konvoi itu memberi amaran kepada pemandu SUV terbabit supaya tidak mengekori konvoi berkenaan.
Susulan itu, beliau berkata, lelaki terbabit bersama kenderaan dipandunya ditahan Bahagian Penguatkuasaan JSPT Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siti Aminah Gesa Kerajaan Tangani Isu Pan Borneo, Banjir
- PRN Melaka: Tolak Politik Kebencian, Hasutan Dan Fitnah
- Laporan Ketua Audit Negara: Mohd Isam Bangkit Empat Isu Pengurusan Kewangan Negara
Katanya, kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang perlanggaran, kemalangan atau insiden tidak diingini.
“Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 21(1) Akta Polis 1967.
“Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun HS Lee melalui talian 03-2071 9999 atau balai polis berdekatan,” katanya.
Terdahulu, satu klip rakaman kamera papan pemuka tular dalam media sosial memaparkan sebuah SUV mengekori konvoi terbabit sebelum disedari oleh salah seorang juruiring yang kemudian dilihat memberi arahan kepada pemandu berkenaan.
Juruiring bermotosikal itu kemudian dilihat terus memecut laju selepas memberi amaran kepada kenderaan berkenaan, namun pemandu SUV terbabit dilihat memecut ke arah konvoi di lorong paling kanan.
Ekori konvoi polis pengiring, pemandu SUV ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dap Jangan Jadikan LCS Senjata Politik
- Krisis Negeri Sembilan Perlu Diselesaikan Berlandaskan Muafakat Adat Perpatih
- PRN Melaka: Wanita Majoriti Pengundi, Perkukuh Peranan Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.