Bawa dadah RM20,000 guna motosikal, lelaki disyaki pengedar ditahan

Bawa dadah RM20,000 guna motosikal, lelaki disyaki pengedar ditahan

Bawa dadah RM20,000 guna motosikal, lelaki disyaki pengedar ditahan
Sebahagian daripada dadah dirampas polis dalam Op Tapis di FELDA Aring 1, tengah hari tadi. – Foto ihsan polis

GUA MUSANG: Polis menahan seorang penunggang motosikal disyaki mengedar dadah dengan membawa 1,104 pil yaba dan 19.33 gram (g) syabu di FELDA Aring 1, di sini.

Suspek lelaki tempatan berusia 46 tahun diberkas ketika menunggang motosikal kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, yang menjalankan Op Tapis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata hasil pemeriksaan ke atas motosikal ditunggang suspek menemukan 1,104 pil yaba seberat 110.4g dan syabu dianggarkan bernilai RM20,000.

“Hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalau Nak Siasat KKDW, Silakan … Guna Kayu Ukur Sama


“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu lain yang terbabit serta sumber bekalan dadah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis akan terus mempergiatkan usaha membanteras kegiatan dadah di daerah ini.

“Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kegiatan dadah diminta menyalurkannya kepada mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Bawa dadah RM20,000 guna motosikal, lelaki disyaki pengedar ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agenda Malaysia Biru: Anjakan Baharu Hadapi Masa Depan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker