Parah ditikam suami: Jururawat sudah sedar, bercakap, lemah tapi stabil
Parah ditikam suami: Jururawat sudah sedar, bercakap, lemah tapi stabil

KOTA BHARU: Jururawat yang parah ditikam enam kali oleh suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, Kadok di sini, malam kelmarin, kini berada dalam keadaan stabil.
Anak sulung mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amirah, 19, berkata ibunya sudah sedar semula pada petang semalam tetapi masih berada bawah pemantauan rapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
“Menurut doktor, keadaan ibu sudah mula stabil hari ini tetapi dia masih memerlukan pemantauan rapi oleh pihak hospital.
“Adik-beradik saya dan ahli keluarga lain bergilir-gilir menjaganya di hospital,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu yang juga seorang pelajar.
Amirah berkata, ibunya juga sudah mula bercakap walaupun masih lemah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siti Aminah Gesa Kerajaan Tangani Isu Pan Borneo, Banjir
- PRN Melaka: Tolak Politik Kebencian, Hasutan Dan Fitnah
- Laporan Ketua Audit Negara: Mohd Isam Bangkit Empat Isu Pengurusan Kewangan Negara
Terdahulu, media melaporkan dalam insiden kira-kira jam 8.40 malam kelmarin, mangsa berusia 44 tahun dan bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik kesihatan, parah ditikam suaminya.
Mangsa dilaporkan mengalami enam kesan tikaman pada badan dan leher, termasuk kecederaan pada hati serta usus.
Suspek yang tidak bekerja itu menyerah diri di Balai Polis Nilam Puri sekitar jam 9.15 malam sama.
Polis memperoleh perintah reman tujuh hari terhadap suspek berusia 47 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Laporan media terdahulu turut memetik Amirah mendakwa bahawa ibunya sedang dalam proses memohon perceraian selepas enam tahun berkahwin kerana suspek berulang kali mengugut untuk membunuhnya setiap kali mereka bertengkar.
Parah ditikam suami: Jururawat sudah sedar, bercakap, lemah tapi stabil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dap Jangan Jadikan LCS Senjata Politik
- Krisis Negeri Sembilan Perlu Diselesaikan Berlandaskan Muafakat Adat Perpatih
- PRN Melaka: Wanita Majoriti Pengundi, Perkukuh Peranan Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.