Suami isteri maut, motosikal berlanggar dengan lori

Suami isteri maut, motosikal berlanggar dengan lori

Suami isteri maut, motosikal berlanggar dengan lori
Kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal dengan lori di Jalan Sungai Buloh berhampiran susur masuk ke Sierramas, hari ini. – Foto ihsan polis. (Gambar kecil: Allahyarhamah Noor Atirah Yacob. – Kredit: Poster ucapan takziah oleh Hospital Selayang)

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri maut apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Sungai Buloh berhampiran susur masuk ke Sierramas, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 3.50 petang berhubung kejadian itu.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 2.50 petang.

“Motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu berlanggar dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30-an,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, nahas itu menyebabkan penunggang motosikal berusia 30-an dan isterinya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalau Nak Siasat KKDW, Silakan … Guna Kayu Ukur Sama


Katanya, pemandu lori terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi siasatan lanjut, termasuk menjalani ujian saringan awal air kencing.

“Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas pemandu lori itu adalah negatif. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Maslina Musa, melalui talian 013-4025834 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, beberapa hantaran tular dalam media sosial memaparkan kemalangan membabitkan pasangan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN Melaka: 14 November Hari Pengundian, Penamaan Calon 31 Oktober


Mangsa wanita dikatakan bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Selayang.

Susulan itu, Hospital Selayang dalam satu hantaran menerusi Facebook mengesahkan Jururawat Terlatih Jabatan Kecemasan dan Trauma, Noor Atirah Yacob, meninggal dunia, hari ini.

Suami isteri maut, motosikal berlanggar dengan lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agenda Malaysia Biru: Anjakan Baharu Hadapi Masa Depan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker