Kereta terbabas ke sungai selepas pemandu alami ‘microsleep’

Kereta terbabas ke sungai selepas pemandu alami ‘microsleep’

Kereta terbabas ke sungai selepas pemandu alami 'microsleep'

PONTIAN: Seorang lelaki terselamat selepas kereta dipandu terbabas ke dalam sungai di Jambatan Parit Jawa, Kayu Ara Pasong, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 pagi tadi, mangsa, 46, sempat menyelamatkan diri tanpa kecederaan serius.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain, berkata mangsa dikeluarkan daripada dalam kenderaan oleh orang awam serta nelayan berhampiran.

“Mangsa dihantar ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut,” katanya melalui kenyataan.

Berdasarkan maklumat awal, katanya mangsa dipercayai mengalami microsleep atau tertidur seketika ketika memandu menyebabkan kenderaannya terbabas dan terjatuh ke sungai.

“Mangsa memaklumkan dia baru menjalani rawatan kemoterapi dan menghidap kanser paru-paru sejak kira-kira tiga bulan lalu.

“Bagaimanapun, punca sebenar kejadian belum dapat disahkan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Kereta terbabas ke sungai selepas pemandu alami ‘microsleep’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agenda Malaysia Biru: Anjakan Baharu Hadapi Masa Depan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker