Hasrat main sepak takraw tak kesampaian, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan
Hasrat main sepak takraw tak kesampaian, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan

SUNGAI PETANI: Seorang pemandu lori maut apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit kemalangan di hadapan pusat perniagaan di Batu 2, Jalan Kuala Ketil di sini, hari ini.
Mangsa, Mohamad Nasir Abdul Halim, 58, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah dalam insiden kira-kira jam 10 pagi itu.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke padang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya untuk bermain sepak takraw dengan rakan-rakan.
Motosikal mangsa dilaporkan bertembung sebuah kereta yang sedang membelok ke kanan dari pusat perniagaan itu.
Rempuhan kuat itu menyebabkan pintu sebelah pemandu kereta terbabit kemek teruk, manakala pemandunya seorang warga emas berusia 65 tahun cedera di kepala dan tangan akibat terkena serpihan kaca.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siti Aminah Gesa Kerajaan Tangani Isu Pan Borneo, Banjir
- PRN Melaka: Tolak Politik Kebencian, Hasutan Dan Fitnah
- Laporan Ketua Audit Negara: Mohd Isam Bangkit Empat Isu Pengurusan Kewangan Negara
Isteri mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian bergegas ke lokasi untuk mengecam mayat suaminya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk bedah siasat.
Hasrat main sepak takraw tak kesampaian, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dap Jangan Jadikan LCS Senjata Politik
- Krisis Negeri Sembilan Perlu Diselesaikan Berlandaskan Muafakat Adat Perpatih
- PRN Melaka: Wanita Majoriti Pengundi, Perkukuh Peranan Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.