Anak OKU bertongkat selamatkan ibu bapa sebelum rumah terbakar
Anak OKU bertongkat selamatkan ibu bapa sebelum rumah terbakar

BUTTERWORTH: “Saya baru nak terlelap, tiba-tiba ada bunyi benda terjatuh dari atas bumbung yang saya ingat kucing tetapi lama-kelamaan rasa nak sesak nafas,” kata L Arvindraaj antara mangsa kebakaran membabitkan empat unit rumah di Taman Senangin, Perai, di sini, tengah malam tadi.
Arvindraaj, 38, bekerja sebagai Pegawai Teknikal Teknologi Maklumat (IT) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Timur Laut juga seorang kurang upaya (OKU), kehilangan kaki kirinya akibat kemalangan jalan raya pada 17 tahun lalu.
Lelaki itu berkata, dia bangun dengan mengejutkan adiknya untuk melihat apa yang berlaku di luar rumah sebelum mendapati terdapat kepulan asap dan api telah marak pada sebuah rumah kosong yang kemudian telah menyambar tiga rumah lain termasuk kediamannya.
“Saya bersama adik kemudian bergegas masuk ke dalam rumah semula untuk membawa keluar mak dan ayah yang masing-masing berusia 75 dan 76 tahun ke tempat yang selamat.
“Namun, dalam tempoh tidak kurang 10 ke 15 minit sekelip mata sahaja rumah kami serta dua rumah bersebelahan kami musnah dijilat api,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siti Aminah Gesa Kerajaan Tangani Isu Pan Borneo, Banjir
- PRN Melaka: Tolak Politik Kebencian, Hasutan Dan Fitnah
- Laporan Ketua Audit Negara: Mohd Isam Bangkit Empat Isu Pengurusan Kewangan Negara
Arvindraaj berkata, rumah kosong itu telah lama terbiar dan tidak berpenghuni yang mereka menyerahkan kepada pihak bomba untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Katanya, meskipun sedih rumah peninggalan neneknya sejak 1963 telah musnah, namun bersyukur apabila semua ahli keluarganya selamat dalam insiden kira-kira jam 12.40 tengah malam itu.
“Mak dan ayah mereka berjalan pun tidak larat kerana masing-masing sudah tua serta mempunyai sakit kencing manis serta darah tinggi.
“Walaupun saya bertongkat, saya dan adik berusaha mengeluarkan mereka yang kami bersyukur tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
Menurutnya, dia tidur lewat kebelakangan ini bagi menyiapkan bahan berkaitan perasmian program Kampung Angkat MADANI yang telah selesai diadakan di Sungai Acheh, Nibong Tebal semalam, namun tidak sangka diuji dengan kehilangan tempat tinggal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sena Specialist Hospital Perkukuh Akses Kesihatan Rakyat Bentong
- PRN Melaka: UMNO Tangga Batu Rapatkan Saf, Perkukuh Jentera
- Bersiap Menghadapi Fasa Peralihan Monsun
PRN Melaka: 14 November Hari Pengundian, Penamaan Calon 31 Oktober
“Dua tiga hari ini memang saya tidak cukup rehat dan malam tadi mata baru nak terlelap tiba-tiba jadi seperti ini. Mujur saya sempat keluarkan dua kereta, namun barang-barang lain termasuk dokumen penting tidak sempat kerana api marak terlalu cepat, selain rasa cemas memikirkan mak dan ayah.
“Saya berterima kasih kerana rakan sekerja di JKM mengambil berat mengenai kami sekeluarga terus datang membuat penilaian kepada mangsa terbabit,” katanya.
Dalam kejadian itu, 10 penghuni termasuk tiga warga emas berjaya menyelamatkan diri sebelum empat unit rumah teres didiami mereka di Taman Senangin, di sini musnah dijilat api.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.45 tengah malam berhubung insiden itu.
Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Anak OKU bertongkat selamatkan ibu bapa sebelum rumah terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dap Jangan Jadikan LCS Senjata Politik
- Krisis Negeri Sembilan Perlu Diselesaikan Berlandaskan Muafakat Adat Perpatih
- PRN Melaka: Wanita Majoriti Pengundi, Perkukuh Peranan Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.