Banjir di Thailand ‘ragut’ 60 nyawa

Banjir di Thailand ‘ragut’ 60 nyawa

Banjir di Thailand ‘ragut’ 60 nyawa
HUJAN lebat di Bangkok pada 26 September lalu telah meneggelamkan kenderaan. – AFP

BANGKOK – Angka korban akibat banjir di Thailand sejak pertengahan September mengorbankan 60 nyawa di seluruh negara, menurut kenyataan kerajaan pada hari ini, dengan paras air sungai masih meningkat di beberapa wilayah.

Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana berkata, hujan lebat berterusan akhir bulan lalu telah menenggelamkan beberapa bahagian di ibu negara, Bangkok, walaupun banjir di situ sebahagian besarnya telah mula surut.

Situasi kekal sukar bagi ramai penduduk di wilayah tengah Prachinburi, di mana 19 orang dilaporkan terkorban.

Limpahan air sungai menenggelamkan rumah-rumah di tujuh daerah dalam wilayah berkenaan, menjejaskan lebih daripada 188,000 penduduk, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalau Nak Siasat KKDW, Silakan … Guna Kayu Ukur Sama


Kematian turut dilaporkan di wilayah lain serta di ibu negara, dengan banjir masih berlaku di 27 daripada 77 wilayah di Thailand.

Di Bangkok, empat orang terkorban sejak 16 September, selepas taburan hujan bagi tempoh sebulan turun hanya dalam masa beberapa hari pada akhir September, sekali gus memaksa pengisytiharan bencana di seluruh bandar raya itu.- AFP

Banjir di Thailand ‘ragut’ 60 nyawa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agenda Malaysia Biru: Anjakan Baharu Hadapi Masa Depan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker