Laluan getir Aaron-Wooi Yik di Terbuka Denmark
Laluan getir Aaron-Wooi Yik di Terbuka Denmark

Kuala Lumpur: Selepas hampir empat bulan dipisahkan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya kembali bergandingan secara kompetitif dan terus berdepan ujian getir apabila diundi menentang pasangan bekas juara dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada pusingan pertama Terbuka Denmark di Odense, minggu depan.
Pertemuan itu bakal menjadi aksi pertama gandingan nombor empat dunia berkenaan sejak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melakukan rombakan pasangan pada Jun lalu, sebelum mereka diberi peluang untuk bersatu semula selepas Sukan Asia Aichi-Nagoya.
Aaron-Wooi Yik yang pernah muncul juara dunia pada 2022 pastinya mahu membuktikan mereka masih mampu kembali ke tahap terbaik selepas diberi peluang kedua untuk meneruskan kerjasama yang sudah menghasilkan pelbagai kejayaan.
Namun, cabaran pertama bukan calang-calang apabila mereka berdepan Hoki-Kobayashi yang memegang rekod kelebihan 9-3 dalam pertemuan sesama sendiri, selain pernah menjuarai Kejohanan Dunia pada 2021.
Menariknya, Aaron-Wooi Yik sebenarnya sudah menunjukkan mereka masih memiliki kemampuan untuk bersaing di pentas tertinggi apabila meraih naib juara Kejohanan Dunia di New Delhi pada Ogos lalu, ketika kembali digandingkan untuk kejohanan berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siti Aminah Gesa Kerajaan Tangani Isu Pan Borneo, Banjir
- PRN Melaka: Tolak Politik Kebencian, Hasutan Dan Fitnah
- Laporan Ketua Audit Negara: Mohd Isam Bangkit Empat Isu Pengurusan Kewangan Negara
Sepanjang tempoh perpisahan, Aaron mencuba beberapa gandingan termasuk bersama Aaron Tai, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun, manakala Wooi Yik pula berpasangan dengan Wei Chong dalam empat kejohanan selain Aaron Tai di Masters China.
Percubaan BAM untuk menggandingkan Aaron bersama Kai Wun di Sukan Asia bagaimanapun tidak membuahkan hasil apabila mereka tersingkir pada pusingan kedua di Aichi-Nagoya, sekali gus membuka ruang untuk Aaron dan Wooi Yik kembali bergandingan.
Selain Aaron-Wooi Yik, Malaysia turut mempertaruhkan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang akan berdepan rakan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dalam perlawanan pembukaan.
Gandingan baharu Aaron Tai-Yap Roy King serta pasangan profesional Chia Wei Jie-Teo Ee Yi turut membawa cabaran negara dalam acara beregu lelaki, manakala Wei Chong-Kai Wun yang menghuni ranking ke-12 dunia dijadual menentang pasangan Denmark, Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer.
Laluan getir Aaron-Wooi Yik di Terbuka Denmark
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dap Jangan Jadikan LCS Senjata Politik
- Krisis Negeri Sembilan Perlu Diselesaikan Berlandaskan Muafakat Adat Perpatih
- PRN Melaka: Wanita Majoriti Pengundi, Perkukuh Peranan Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.