Zii Jia terus mara, singkir pemain China kurang satu jam
Zii Jia terus mara, singkir pemain China kurang satu jam

Kuala Lumpur: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kembali menemui rentak apabila melangkah ke pusingan kedua Terbuka Artik selepas menewaskan pemain China, Dong Tian Yao, di Energia Areena, sebentar tadi.
Bekas juara Seluruh England itu menang 21-18, 21-14 dalam tempoh kurang satu jam, sekali gus melupakan kekecewaan tersingkir pada pusingan pertama dalam dua kejohanan terdahulu.
Zii Jia yang bermula dari pusingan kelayakan semalam berdepan tentangan sengit pemain nombor 40 dunia dunia itu pada set pertama, namun mula meningkatkan tempo permainan sebelum menamatkan perlawanan dalam dua set.
Kemenangan itu pastinya menjadi suntikan keyakinan buat pemain berusia 28 tahun berkenaan untuk meneruskan cabaran di Vantaa, Finland.
Pada pusingan kedua esok, Zii Jia bakal berdepan cabaran pemain Taiwan, Su Li Yang yang menyingkirkan rakan senegaranya, Lin Chun Yi, 21-17, 21-6.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siti Aminah Gesa Kerajaan Tangani Isu Pan Borneo, Banjir
- PRN Melaka: Tolak Politik Kebencian, Hasutan Dan Fitnah
- Laporan Ketua Audit Negara: Mohd Isam Bangkit Empat Isu Pengurusan Kewangan Negara
Sementara itu, beregu lelaki kebangsaan, Aaron Tai-Yap Roy King turut melangkah ke pusingan kedua selepas mudah menewaskan gandingan negara, Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, 21-12, 21-13.
Pasangan yang baru digandingkan itu hanya memerlukan kurang 30 minit untuk memastikan kemenangan dan dijadualkan berdepan pilihan ketujuh dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen pada pusingan kedua.
Zii Jia terus mara, singkir pemain China kurang satu jam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dap Jangan Jadikan LCS Senjata Politik
- Krisis Negeri Sembilan Perlu Diselesaikan Berlandaskan Muafakat Adat Perpatih
- PRN Melaka: Wanita Majoriti Pengundi, Perkukuh Peranan Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.