Hujan ais hentam Bogota

Hujan ais hentam Bogota

Hujan ais hentam Bogota
TANGKAP layar menunjukkan hujan ais batu melanda wilayah Bogota di Colombia baru-baru ini. – Ivory

BOGOTA – Fenomena hujan ais dilaporkan melanda wilayah Bogota, Colombia baru-baru ini, menyebabkan sebahagian besar jalan raya dilitupi butiran air batu berikutan cuaca ekstrem yang berlaku mendadak, lapor laman berita Kumparan.

Mengulas kejadian itu, Agensi Pengurusan Risiko dan Perubahan Iklim menyatakan, suhu sekitar mencatatkan bacaan 24.6 darjah Celsius pada waktu tengah hari, sebelum cuaca bertukar gelap dan disusuli hujan lebat serta ais.

Ekoran jarak penglihatan terhad dan gangguan talian komunikasi, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam menghentikan sementara operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado.

Penerbangan dibenarkan beroperasi semula secara berperingkat selepas keadaan kembali terkawal.

Pakar-pakar cuaca berkata, walaupun fenomena El Nino di Colombia secara umumnya mengurangkan taburan hujan, ia tidak menghalang pembentukan ribut secara mengejut.

Tambahan pula, bulan Oktober dan November sememangnya menandakan permulaan musim hujan di negara berkenaan. – AGENSI​

Hujan ais hentam Bogota


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cek RM231 Juta MYEG … Anthony Loke Perlu Beri Penjelasan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker