Lelaki agresif selepas dihon kena tiga pertuduhan

Lelaki agresif selepas dihon kena tiga pertuduhan

PONTIAN: Seorang lelaki didakwa atas tiga pertuduhan termasuk meludah seorang remaja, memecah cermin sisi sebuah kereta selain memaki remaja berkenaan kerana berang dihon ketika di jalan pada Selasa minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Farhan Zainuddin, 24, yang juga pemandu lori, mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.



Muhammad Farhan yang ketika kejadian sedang menunggang motosikal didakwa meludah seorang remaja berusia 18 tahun sehingga mengganggu keamanan remaja berkenaan.

Tertuduh turut didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin sisi kereta Proton X70 milik seorang wanita berusia 50 tahun sehingga mengakibatkan kerugian RM1,644.

Tertuduh juga didakwa mengaibkan kehormatan remaja lelaki yang sama dengan mengeluarkan perkataan ‘babi’.

Semua kesalahan itu dilakukan di hadapan Masjid Jamek Nur Saadah, FELDA Taib Andak, Kulai, kira-kira jam 5.50 petang 3 Mei lalu.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Ia masing-masing membawa hukuman denda maksimum RM100 selain dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurezzati Zaini manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Harryzan Abdullah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan.



Bagaimanapun, peguam tertuduh merayu supaya jaminan itu dikurangkan berikutan tertuduh mempunyai gaji yang rendah.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan keseluruhan RM4,500 ke atas semua pertuduhan dengan seorang penjamin. Kes akan disebut semula di Mahkamah Majistret Kulai pada 25 Mei depan bagi jatuh hukum. BH

Lelaki agresif selepas dihon kena tiga pertuduhan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa



Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker