Mangsa letupan lari ke rumah jiran sambil menangis

Mangsa letupan lari ke rumah jiran sambil menangis

NIBONG TEBAL: “Mereka lari ke rumah saya lepas letupan berlaku sambil menangis-nangis dan menjerit: ‘Tolong…gas meletup, gas meletup.’”

Itu kata R. Sumathi, 44, saksi kejadian letupan yang dipercayai berpunca daripada gas memasak di sebuah rumah di Taman Cenderawasih, Jawi, di sini malam tadi.

Menurut Sumathi yang juga jiran kepada keluarga mangsa letupan tersebut, dia sangat terkejut apabila melihat mangsa sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berlumuran darah dengan kulit yang hampir tersiat berada di hadapan rumahnya ketika membuka pintu pagar.

“Tanpa berlengah, saya membantu menghantar mereka ke Hospital Sungai Bakap (HSB) dengan kereta saya manakala sebahagian lagi mangsa menaiki kereta rakan saya (mangsa yang cedera ringan).

“Saya tunggu mereka di hospital sampai pukul 3.30 pagi dan mereka kini telah dihantar ke HPP (Hospital Pulau Pinang) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi, tiga buah rumah mengalami kerosakan termasuk sebahagian dinding runtuh akibat letupan berpunca daripada gas memasak di sebuah rumah di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.57 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Dalam pada itu, seorang lagi saksi kejadian yang juga jiran sebelah rumah mangsa, Mohd. Hashim Ahmad, 41, memberitahu, ketika kejadian, dia berada di dalam bilik manakala isteri dan anaknya pula berada di ruang tamu.

“Saya ingat gempa bumi. Rupa-rupanya ada letupan di sebelah rumah. Terus saya bawa isteri dan anak keluar dari rumah.

“Sebaik sahaja keluar, orang ramai sudah berkumpul di hadapan rumah kami,” katanya yang menganggarkan kerugian yang dialaminya hampir mencecah RM30,000 disebabkan kerosakan siling serta beberapa perkakasan elektrik.

Turut meninjau keadaan semasa ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Jason H’ng Mooi Lye; pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri serta anggota daripada Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Jason turut menyampaikan sumbangan khas kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu. Utusan

Mangsa letupan lari ke rumah jiran sambil menangis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker