Lebih 800 ahli Bersatu keluar parti sokong UMNO



Lebih 800 ahli Bersatu keluar parti sokong UMNO

KANGAR: Lebih 800 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cawangan Kampung Hujung Tanjung, Kuala Perlis membuat keputusan keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menyatakan sokongan kepada UMNO.

Bekas Pengerusi cawangan Bersatu Kampung Hujung Tanjung, Abdullah Abu Bakar berkata, keputusan berkenaan diambil selepas beliau dan kepimpinan tertinggi cawangan tersebut meletak jawatan serentak.

Abdullah yang juga Ahli Jawatan kuasa Bersatu Bahagian Kangar memberitahu, tindakan dilakukan dengan rela hati setelah hilang kepercayaan kepada barisan pimpinan parti tersebut.

“Kira-kira 800 ahli Bersatu dibawah pimpinan saya merasakan pimpinan parti (Bersatu) kini seolah-olah tidak menghiraukan kami khususnya di Kuala Perlis.




“Selain itu, terdapat juga tekanan daripada bahagian sendiri mendesak saya meletak jawatan dan saya bersama penyokong yang hilang kepercayaan kepada parti membuat keputusan keluar parti hari ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis peletakan jawatan beramai-ramai di sebuah restoran di Kuala Perlis di sini hari ini.

Abdullah menandatangani surat peletakan jawatan tersebut sambil disaksikan aktivis kemasyarakatan Kuala Perlis, Datuk Azhar Ahmad yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kangar.

Menurut Abdullah, kepimpinan dan ahli cawangan Kampung Hujung Tanjung akan memberikan sokongan penuh kepada UMNO dalam pilihan raya akan datang.

Difahamkan, perletakan jawatan cawangan tersebut menyebabkan krisis kepimpinan Bersatu di peringkat negeri turut menjadi lebih parah.

Dalam majlis sama, Naib Ketua Bersatu Bahagian Arau, Mejar (B) Sharif Abdul Razak turut mengumumkan peletakan jawatannya secara rasmi hari ini.




Sharif yang juga bekas Pengarah Pilihan Raya Bersatu negeri turut memaklumkan beliau membuat keputusan dengan sukarela dan tanpa pujukan mana-mana pihak.

“Saya telah lama ingin meletak jawatan dan pada hari ini secara rasminya saya meletakan jawatan dalam parti.

“Hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti, pengkhianatan yang dilakukan contohnya ‘Langkah Sheraton’ menyebabkan saya merasakan perjuangan kami selama ini adalah sia-sia,” ujarnya. Utusan

Lebih 800 ahli Bersatu keluar parti sokong UMNO


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.