Alicia diminta nikah semula dengan bekas suami

Alicia diminta nikah semula dengan bekas suami

“Kami memang baik tetapi tak mahu kahwin semula.”

Demikian balas model dan pelakon Alicia Amin, 28, apabila ada yang memintanya berkahwin semula dengan bekas suami, Dr. Farzan Iqbal.



Perkara itu disuarakan Alicia selepas netizen melihat mereka masih mempunyai hubungan baik meskipun sudah bercerai sejak Mac lalu.

“Tolong jangan normalisasi mengatakan perkara sebegitu kepada individu tidak dikenali. Kenapa perlu bercerai? Untuk keseronokan ke?

“Situasi saya dengan bekas suami sangat baik dan kami memilih untuk kekal sebagai kawan serta tiada isu bersama pun,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory semalam.

Pemilik nama penuh Raja Alicia Raja Amin berkenaan juga meminta perbuatan merujuk kepada pasangan bercerai untuk rujuk kembali tidak dijadikan kebiasaan dalam kalangan masyarakat negara ini.



Dia juga meminta orang ramai mendoakan untuk kebahagiaan hidup daripada menggesa untuk sesuatu hal yang tidak sepatutnya.

“Kalau anda mengatakan perkara tersebut kepada seseorang yang pernah melalui perkahwinan yang sukar, L (loser) untuk awak.

“Saya mendapat banyak mesej pelik sebegini.

“Sebaik-baiknya berdoalah untuk kebahagiaan dan kerjaya berbanding inginkan saya kembali bersama dengan seseorang yang saya tidak lagi bersama,” ujarnya.



Menerusi perkongsian sama, pelakon filem Rasuk itu turut memuat naik tangkap layar kiriman mesej yang diterima daripada seorang netizen berhubung perkara tersebut.

“Semoga berbaik dan kahwin semula dengan bekas suami,” kata individu terbabit.

Individu berkenaan meninggalkan mesej tersebut selepas Alicia memuat naik video bertemu dengan Farzan sekali gus menunjukkan mereka masih mempunyai hubungan baik sehingga hari ini.

Sekadar info, Alicia yang juga seorang model mendirikan rumah tangga dengan Farzan pada 14 Februari 2021.



Jodoh tidak panjang, Alicia mengesahkan sudah berpisah pada 2 Mac lalu dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. K Online

Alicia diminta nikah semula dengan bekas suami

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul



Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker