Kertas penyelarasan pencen ATM dibawa kepada PM – Tok Mat

Kertas penyelarasan pencen ATM dibawa kepada PM – Tok Mat

Kementerian Pertahanan membawa kertas penyelarasan pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khusus bagi anggota yang bersara pada 2013 dan sebelumnya untuk perhatian Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia berikutan wujud kejanggalan dalam struktur pencen bagi golongan itu selepas penyelarasan gaji pada 2013.



“Ini menjadi isu kerana pada 2013, ada penyelarasan gaji dibuat tetapi pencen ATM tidak diselaraskan.

“Ia menjadi masalah dan punca kepada kegelisahan anggota tentera veteran yang berpencen pada 2013 dan sebelumnya.

“Kita harap penyelarasan pencen ini diberikan perhatian, anggota yang pencen selepas 2013 tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Selemak di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata pengundi menunjukkan maklum balas positif terhadap calon parti komponen itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.



“Berdasarkan laporan diterima dan apa yang saya ligat sendiri, respons pengundi amat baik, jadi kita harap 12 Ogos ini ia akan dapat diterjemahkan.

“Jentera parti juga semakin bersemangat dan gerak kerja di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) amat teratur,” katanya. BH

Kertas penyelarasan pencen ATM dibawa kepada PM – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak



Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker