PDRM belum terima laporan rancangan serangan penggganas di India babit Dr Zakir Naik – KPN



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kes penceramah kontroversi Dr Zakir Naik, yang dikatakan terlibat dalam rancangan serangan pengganas di India.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.

“Setakat ini, PDRM belum menerima apa-apa laporan rasmi (Dr Zakir Naik terlibat serangan pengganas di India) dan pihak saya sentiasa memantau sebarang perkembangan mengenai pengganas.

“Selama ini, PDRM sering mendapat kerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang dari negara luar yang lain, dalam usaha menangani isu-isu keselamatan negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dua Menteri DAP mahu Zakir Naik tidak dibenar kekal di Malaysia

Abdul Hamid berkata rekod PDRM dalam usaha menangani apa jua bentuk ancaman pengganas adalah terbukti baik.




Hari ini, dalam satu laporan media antarabangsa mengatakan badan perisikan negara itu diketahui telah memintas transaksi kewangan penting yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan, selain turut didakwa mengatur serangan yang mungkin dilakukan di sebuah bandar di sana (India).

Laporan itu juga menyebut serangan mungkin akan dilakukan satu kumpulan yang diketuai seorang wanita, pada beberapa minggu akan datang.

— BERNAMA

Tak puas hati isu Zakir, pemimpin PAS doa Anwar kekal bakal PM



Leave a Reply

Your email address will not be published.