Sami India Mahu Tawan Kota Mekah

Yati Narsinghanand Saraswati menyeru menjadikan Kaabah sebagai kuil Hindu.

Sami India Mahu Tawan Kota Mekah

Seorang sami Hindu di India menjadi tular di media sosial selepas membuat ucapan berbaur kebencian terhadap umat Islam. Dalam khutbahnya, sami Hindu itu menyeru pengikutnya untuk menyerang kota suci Mekah dan merampas Kaabah daripada orang Islam.

Dalam video yang dikongsi secara meluas di media sosial, Yati Narsinghanand Saraswati, 58, didakwa menyeru semua penganut Hindu di seluruh dunia untuk bersatu untuk bagi menakluk kota Makkah dan menjadikan Kaabah sebagai kuil Hindu.



Seperti yang dilaporkan oleh Al Bawaba Selasa, Hindutva Watch, yang memantau serangan terhadap minoriti agama India, menyiarkan video ucapan Yati Narsinghanand melalui akaun

Dalam ucapannya, Narsinghanand menyeru umat Hindu untuk mengambil bahagian dalam menentang umat Islam dan berusaha untuk merampas ‘Mekah, di mana terletaknya kuil Mahadev.

“Hindu Rashtra adalah impian, kita bukan sahaja akan merampas Mekah. [Kita juga mahu] Sungai Mahadev Gangga yang mengalir dalam bentuk Zam Zam di sana,” kata Narsinghanand dalam ucapannya.

“Jika anda tidak menawan Makkeshwar Mandir (merujuk kepada Kaabah), tiada kuasa di Bumi boleh mengalahkan Islam,” kata Narsinghanand kepada pengikutnya.



Hindutva Watch menulis bahawa Narsinghanand menyampaikan ucapan kebencian terhadap orang Islam semasa menghadiri Hindu Jagruti Samelan.

Narsinghanand dikenali sebagai pemimpin kuil Hindu Dasna di Ghaziabad dan ahli terkemuka sayap kanan Hindu di India. Beliau telah lama terkenal dengan komen anti-Islamnya.

Tiada maklum balas daripada pihak berkuasa atau Polis India berhubung ucapan kebencian yang tular di media sosial Narsinghanand.

Hindu adalah agama ketiga terbesar di dunia, dengan sehingga 1.35 bilion pengikut di seluruh dunia. Vc



Sami India Mahu Tawan Kota Mekah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru



Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker