Lim Kit Siang lupa PH dan UMNO akan hilang sokongan Melayu jika Najib tidak dibebaskan sebelum PRN 6 Negeri

Kita tahu Kit Siang sangat suka Najib dipenjarakan

Oleh Norzahira

LIM Kit Siang tidak pernah berubah. Sikap dan dendam beliau terhadap UMNO tetap membara walaupun kepimpinan DAP telah bertukar. Adakah DAP masih dalam cengkaman Kit Siang?

Bapa Lim Guan Eng ini menyibuk urusan parti lain hanya kerana takut UMNO kembali pulih sepenuhnya jika Najib dibebaskan. Kit Siang bolak balik dalam kenyataannya. Semalam dia yakin Najib tidak mampu kembalikan kegemilangan UMNO. Sehari sebelum itu dia dakwa Kerajaan Perpaduan akan runtuh jika Najib diampunkan.



Kita tahu Kit Siang sangat suka Najib dipenjarakan. Tanpa segan silu Kit Siang guna isu kleptokrasi tetapi membisu kes rasuah banglo anaknya Lim Guan Eng.

“Saya fikir menjadi satu kesilapan untuk percaya bahawa Umno hanya boleh kembali ke zaman kegemilangannya jika Najib diampunkan. Sebaliknya, saya percaya pengampunan Najib sekarang tidak akan menguntungkan Umno sama sekali sebaliknya hanya akan menguntungkan PAS dan Bersatu, selain menyebabkan keruntuhan kerajaan perpaduan Anwar,” kata Lim Kit Siang

Kenyataan Lim Kit Siang kononnya pengampunan Najib akan merugikan PH dengan meletakkan Anwar dan kerajaan gabungan di bawah tekanan yang tidak perlu dan mungkin hanya akan memusnahkan PH dilihat tidak betul kerana

1. Kit Siang harus faham adalah hak YDPA untuk mengampuni atau tidak.



2. Kit Siang mesti tahu, beliau sebagai “poster boy” punca orang Melayu benci DAP.

3. Kit Siang mesti tahu bahawa seruan untuk membebaskan Najib adalah daripada semua 191 bahagian UMNO termasuk semua sayap pemuda dan wanita mereka. Ia adalah keputusan hampir sebulat suara daripada 3 juta ahli UMNO. Sokongan terhadap Najib di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu masih sangat kuat.

4. Kit Siang harus tahu bahawa ramai ahli dan penyokong UMNO dan BN sudah tidak berpuas hati dengan UMNO bekerjasama dengan PH kerana takut/benci kepada DAP.

5. Kit Siang harus tahu bahawa undi dan sokongan orang Melayu – terutamanya ahli dan penyokong UMNO – adalah penting untuk pilihan raya negeri dan kestabilan kerajaan gabungan.



Kenyataan anti-Najib dari Kit Siang ini meletakkan Anwar dan UMNO tunduk kepada tekanan daripada Kit Siang dan DAP. Ini akan mengesahkan persepsi orang Melayu bahawa DAP adalah kuasa sebenar di sebalik kerajaan gabungan itu.

Keceluparan Kit Siang menyebabkan kerajaan Perpaduan akan hilang sokongan orang Melayu jika Najib tidak dibebaskan sebelum pilihan raya negeri. Beliau sepatutnya tutup mulut atau pun sokong Najib dibebaskan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker