Ismail macam mahu perpecahan kerajaan perpaduan – Loke

Ismail macam mahu perpecahan kerajaan perpaduan – Loke

DAP tidak dapat ‘membaca’ apa yang terkandung dalam pandangan diutarakan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob mengenai kedudukan kerajaan perpaduan sekarang.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebaliknya menasihatkan ahli parlimen Bera itu agar memahami pembentukan kerajaan selepas PRU pada tahun lalu adalah dengan mengikut nasihat Yang di-Pertuan Agong.



Sebagai parti yang menjunjung Rukun Negara, katanya, DAP setia dan patuh kepada pandangan yang diberikan Agong agar kerjasama dalam kerajaan peraduan diperkukuhkan.

“Janganlah sebagai bekas perdana menteri dia tiap-tiap hari ingin melihat perpecahan dalam kerajaan ini.

“Saya tak tahulah apa apa hasrat beliau (sebab) seolah-olah nak lihat perpecahan dalam kerajaan perpaduan yang ada pada hari ini,” katanya.

Loke yang juga menteri pengangkutan ditemui pada sidang media di Putrajaya hari ini.



Terdahulu media melaporkan Ismail Sabri sebagai menyandarkan perselisihan faham di antara pemimpin Umno dan DAP ketika ini seperti sebuah perkahwinan paksa.

Atas nasihat Agong

Kata Ismail Sabri, dalam sesebuah perkahwinan ia mestilah dibina atas dasar suka sama suka, bukannya paksaan.

“Apa pun yang kita buat mesti suka sama suka, kahwin paksa memang tak akan jadi. Jadi kalau kawin paksa macam ini, tidak ada perasaan antara satu sama lain, akan berlakulah keretakan.



“Setakat ini baru permulaan tetapi dah ada DAP komen tentang Umno. Umno komen tentang DAP. Kahwin paksa tidak boleh, dia mesti suka sama suka,” katanya dipetik Utusan Online di Kuala Lumpur.

Pergeseran di antara kedua-dua parti berlaku semakin ketara sejak akhir-akhir ini termasuk membabitkan isu mendapatkan pengampunan buat seorang lagi bekas perdana menteri dari Umno, Najib Razak.

Suasana tidak harmoni itu berlaku ketika PH dan BN cuba bekerjasama menjelang pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Loke berkata pada asasnya sesebuah perkahwinan merupakan suatu institusi yang mesti dilindungi dan dalam konteks kerjasama politik, tidak wajar ia disamakan begitu.



“Ia (perkahwinan) tidak terpakai dalam konteks kerjasama politik. Kerjasama politik bukan sebuah perkahwinan, sebab ia melibatkan pembentukan kerajaan yang stabil.

“Kerjasama itu juga digalakkan oleh Agong. Justeru saya suka mengingatkan Ismail Sabri bahawa kerjasama ini di antara PH dan BN untuk membentuk kerajaan perpaduan adalah atas nasihat Yang di-Pertuan Agong,” katanya. Mk

Ismail macam mahu perpecahan kerajaan perpaduan – Loke

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker