Kes Boss Pergi Bali Dengan Skandal

Bekas Pekerja Dedah Perangai Sebenar-“Bersyukur Saya Berhenti Dulu”

Kes Boss Pergi Bali Dengan Skandal
Kes Boss Pergi Bali Dengan Skandal

Baru-baru ini, tular kes mengenai boss lelaki yang kantoi mempunyai hubungan sulit bersama pekerja wanita, apabila isteri kepada lelaki terbabit mendedahkan segala perbuatan keji mereka itu di sosial media miliknya.

Netizen kini mula mengorek segala hal, mengenai boss lelaki terbabit serta pekerja perempuan yang berusia 26 tahun itu melalui akaun sosial media yang boleh diakses oleh orang ramai. Isteri kepada boss lelaki terbabit yang dikenali sebagai Shermine terpaksa bersembunyi dengan anak-anaknya kerana khuatir dengan ancaman suaminya itu.

Berhenti Kerja Kerana Tak Tahan Dengan Perangai Boss Lelaki itu

Baru-baru ini juga, di laman twitter milik @hanimrosee berkongsikan kisah bagaimana dia berhenti kerja di syarikat terbabit. Menurut Hanim, dia tidak pernah menyesal kerana mengambil keputusan untuk berhenti kerja di syarikat itu setahun yang lalu, apabila dia mula curang dengan isterinya dan kerana tidak tahan dengan perangai boss lelaki tersebut.

Terdahulu, Hanim Kerja sebagai pereka fesyen di syarikat terbabit untuk plus size baju muslimah. Kemudian, beliau bekerja sehingga susah untuk mendapat cuti serta gaji basic yang tidak setimpal malah, jika mahu mengambil cuti sakit gaji harus dipotong walaupun mendapat surat kebenaran cuti sakit dari hospital.




Baca Artikel Menarik:

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira

 

“Mengenai skandal pula, dia selalu ajak saya keluar dengannya berdua dengan alasan mahu lihat bagaimana saya buat kerja dan mahu ubah gaya penampilannya kerana saya merupakan fesyen designer, tapi bila keluar dia asyik bercakap mengenai diri sendiri dan pengalaman bercinta”- kata Hanim



“Dia akan merajuk jika tidak dapat keluar dengan saya”-tambah Hanim

Menurut Hanim, boss nya itu sering melakukan lawak berbaur luc4h serta body shaming pekerja-pekerjanya. Tambah Hanim lagi, Shermine merupakan seorang individu yang bagus dan jarang untuk memarahi pekerja, beliau juga masih datang berkerja semasa sarat mengandung kerana suaminya itu tidak tahu sangat buat kerja.

Dia berhenti kerja kerana tidak selesa dengan layanan boss lelaki terbabit dan tidak mahu menjadi orang ketiga dalam rumahtangga itu kerana menurut Hanim dirinya bukan sifat begitu.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker