Gaji pemain Selangor bocor

Gaji pemain Selangor bocor

Bagaimana tawaran kontrak buat pemain Selangor FC (SFC) boleh ‘bocor’ sehingga menjadi tular di media sosial?

Itu persoalan yang timbul selepas sebuah laman Facebook dengan nama Harimau Selatan X mendedahkan tawaran kontrak buat pemain import ‘The Red Giants’ bagi musim 2023.



Dalam surat tawaran kontrak yang memiliki jata Selangor FC dan ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Johan Kamal Hamidon, butiran lanjut kontrak turut didedahkan pada hantaran terbabit.

Antaranya adalah gaji bulanan sebanyak RM132,000, yuran tandatangan sebanyak RM132,000 dan juga yuran kepada agensi pada jumlah yang sama.

Selain itu, kontrak terbabit turut menawarkan amaun dipercayai bonus sebanyak RM132,000 setiap satu untuk juara Liga Super, juara Piala Malaysia dan juara Piala FA.

Pemain turut ditawarkan RM1,000 bagi kemenangan di tempat sendiri selain elaun rumah sebanyak RM2,500 sebulan.



Kereta disediakan oleh pasukan dan mereka turut memberikan satu tiket penerbangan kelas ekonomi buat pemain, isteri dan anak anak untuk terbang ke Malaysia.

Sementara itu, Pengurus SFC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid ketika dihubungi BH Sukan menyatakan tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu terbabit. BH

Gaji pemain Selangor bocor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]



View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker