Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi?

Baru-baru ini, tular di laman sosial TikTok sepotong video yang memperlihatkan seorang wanita didakwa bertindak memarahi suaminya di sebuah kedai mencuci pakaian layan diri (dobi).Isteri derhaka

Isteri derhaka



 

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna di laman sosial tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan bertindak meninggikan suara dan menengking suaminya yang sedang masukkan pakaian ke dalam mesin cuci.

Malah, pada video sama, wanita tersebut turut didakwa mengherdik suaminya yang tidak meleraikan pakaian terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin cuci.

Individu yang berkongsi video itu menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai derhaka dan kurang beradab, apatah lagi kejadian berlaku di tempat umum.



Baca Artikel Menarik:

PU Riz Hadiahkan Neelofa Cincin

Rude! Terpekik terlolong dekat public. Dasar perempuan derhaka! Saya tidak pasti itu suami perempuan tersebut atau bukan, tetapi masih tidak beradab.

Sering ditengking



Sementara itu, seorang individu tampil di ruangan komen dengan mendakwa pasangan tersebut menetap di sekitar kawasan perumahanya. Malah, dia menjadi saksi bahawa suami tersebut sering menjadi ‘mangsa’ kemarahan isterinya.

Wait! Pakcik ini dan isteri dia duduk di kawasan rumah saya. Selalu nampak pakcik ini kena marah, kesian sangat.

Reaksi netizen



Dalam pada itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas meluahkan rasa geram dan tidak berpuas hati dengan tindakan wanita tersebut. Malah, mereka menganggap tindakan sedemikian sebagai domestic violence (keganasan rumah tangga)

Dalam masa sama, ramai warganet yang meluahkan rasa simpati dan kasihan ke atas nasib si suami.

Baca Artikel Menarik:

Atu digelar anjing, enggan halalkan duit RM30 ribu



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker