‘Kahwin paksa’ Umno-PH boleh bertahan – Dr Akmal

‘Kahwin paksa’ Umno-PH boleh bertahan – Dr Akmal

<yoastmark class=

‘Kahwin paksa’ antara Umno dan Pakatan Harapan mampu bertahan selagi mana ada kefahaman dan rasa hormat antara dua belah pihak, kata Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh.

Akmal bersetuju sukar bagi kedua-dua pihak yang pernah berseteru membentuk pakatan mengambil kira sejarahnya, namun beliau yakin dua gabungan itu sudah menamatkan sengketa.

“Sekiranya kita boleh duduk bersama dan memahami satu sama lain, saya tidak fikir hubungan ini berakhir,” katanya kepada FMT.

“Begitu juga yang berlaku ketika kita (Umno) bekerjasama dengan PAS (dalam kerajaan terdahulu). Sukar juga pada awalnya, namun kita berjaya menguruskannya.”

Umno merupakan antara parti dalam pembentukan kerajaan perpaduan diterajui Pengerusi PH Anwar Ibrahim. Rakan gabungan lain termasuk parti dari Sabah dan Sarawak.


Baca Artikel Menarik:

Pakai tudung masuk syurgakah? – Ifa Raziah

Akmal berkata, Umno lebih sanggup bekerjasama dengan pihak yang “benar-benar ikhlas”, berbanding parti yang gemar “menikam belakang”.

“Kini kerajaan sudah dibentuk, dua parti bertanggungjawab memastikan rakyat dibantu dan mengelak politiking sebanyak mungkin. Rakyat memerlukan kita dan kita mesti berkhidmat,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Umno bekerjasama dengan Perikatan Nasional (melibatkan Bersatu dan PAS) dalam dua kerajaan terdahulu, pertama ditunjangi Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan kemudian diterajui Ismail Sabri Yaakob.

Hubungan parti tersebut semakin suram terutama Umno dan Bersatu, menjurus penarikan sokongan kepada kerajaan Muhyiddin dan pembentukan kerajaan baharu diketuai Ismail.

Pada Ahad, Ismail berkata, ‘kahwin paksa’ antara Umno dan PH mungkin tidak mampu bertahan. Kahwin paksa tidak akan berjaya jika tidak wujud rasa cinta bersama antara kepimpinan tertinggi atau di peringkat akar umbi.


Baca Artikel Menarik:

Doa buat Puteri Sarah lepas talak hari ini

Kenyataan Ismail itu timbul susulan pemimpin Umno dan DAP bertelagah sambil mengkritik satu sama lain.

“Perkahwinan paksa seperti ini, jika tidak ada cinta bersama, akhirnya akan ada keretakan dan akan berlaku. menjadi perpisahan kekal.

“Sekarang ini baru permulaan, tetapi sudah ada (retak), mengapa pula DAP ulas Umno, Umno ulas DAP,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, menolak analogi dikemukakan Ismail berhubung “kahwin paksa”. Katanya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menikmati sokongan majoriti Ahli Parlimen dan menang usul undi percaya di Dewan Rakyat, pada Disember.

“(Saya fikir) Ismail Sabah mungkin lupa fakta itu,” kata wakil rakyat PKR itu.


Baca Artikel Menarik:

Tanggal baju kurung, Siti Nuramira didenda RM8,000

Beliau optimis kerajaan perpaduan boleh menamatkan penggal pentadbiran jika Anwar berjaya menguruskan kenaikan kos sara hidup dan menjunjung kebebasan kehakiman dengan tidak melibatkan dirinya dengan kes mahkamah membabitkan pemimpin Umno.

Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee, berkata normal bagi ahli politik bertikam lidah satu sama lain, namun rakan gabungan dalam kerajaan perpaduan mesti mengelakkannya, dibimbangi akan mencetuskan sentimen kaum.

“Kerja kita dalam pembangunan negara jauh lebih penting daripada ‘cinta’ dan ‘kahwin’ antara dua parti,” kata bekas ketua Pemuda DAP itu. FMT

‘Kahwin paksa’ Umno-PH boleh bertahan – Dr Akmal

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker