Penduduk tak bayar yuran kena angkat palang sendiri, kata mahkamah

Penduduk tak bayar yuran kena angkat palang sendiri, kata mahkamah

Persatuan penduduk yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) boleh mengenakan syarat kepada ahli yang tidak menyumbang bayaran untuk keselamatan dan penyelenggaraan, putus Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim dipengerusikan Has Zanah Mehat berkata, syarat dikenakan oleh Persatuan Penduduk Parkville kepada ahli yang tidak membayar untuk mengangkat sendiri palang di laluan masuk adalah munasabah.



Has Zanah berkata, ia selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2015 dalam kes Au Kean Hoe lawan Persatuan Penduduk D’Villa Equestrian.

Dalam kes itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan pembinaan pondok pengawal keselamatan dan palang tidak termasuk sebagai satu “halangan” bawah Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Seksyen 46(1)(a) menyatakan menjadi satu kesalahan kepada mana-mana individu membuat halangan di mana-mana tempat awam.

“Perlu ada keseimbangan antara kepentingan komuniti secara keseluruhan dan individu (yang tidak membayar),” kata Has Zanah ketika membenarkan rayuan Presiden Persatuan Penduduk Parkville, Chow Hau Mun.



Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan A Surendra Ananth mewakili Chow, manakala Yatiswara Ramachandran mewakili MBPJ.

Chow merayu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lalu yang memutuskan persatuan penduduk tidak boleh mengenakan syarat seperti itu terhadap penduduk yang enggan membayar yuran bulanan.

Beliau sebelum itu memfailkan semakan undang-undang selepas MBPJ pada 2021 menolak permohonan persatuan itu yang mahu mengenakan syarat ahli yang tidak membayar dan bukan ahli persatuan dikehendaki mengangkat palang sendiri.

Chow berkata, keputusan MBPJ yang tidak membenarkan persatuan itu mengenakan syarat tersebut sebagai tidak sah, tidak rasional dan tidak munasabah. FMT



Penduduk tak bayar yuran kena angkat palang sendiri, kata mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson



Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker