Pukul, campak tukang cuci ke sungai

Pukul, campak tukang cuci ke sungai

LIMA lelaki ditahan polis selepas bertindak memukul dan mencederakan seorang tukang cuci wanita sebelum mencampak mangsa dari sebuah jambatan ke sungai dekat Kampung Sawah, Banting, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 3.25 pagi.



Beliau berkata, pengadu mendakwa telah terdengar suara orang meminta tolong dari bawah sebuah jambatan setinggi 50 meter.

“Mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 52 tahun telah berenang ke tepi lumpur selepas dicampak ke dalam sungai.

“Mangsa telah berada di bawah jambatan selama satu jam sebelum berjaya diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Banting bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kejadian berpunca selepas mangsa menegur tindakan suspek yang kerap membuat bising, minum minuman keras serta mengambil dadah di dalam rumah sewa yang didiami mangsa serta suspek.



“Mangsa dan suspek merupakan kenalan kerana sewa rumah bersama.

“Mangsa telah dipukul, dicederakan dengan menggunakan senjata tajam dan dirotan oleh beberapa lelaki tempatan.

“Mangsa mengalami kecederaan pada tiga jari tangan kiri manakala pergelangan tangan kiri luka kerana ditetak,” ujarnya.

Ahmad Ridhwan berkata, lima suspek berjaya ditangkap di sekitar kawasan Banting pada hari yang sama, pukul 1 hingga 6 petang.



Katanya , turut dirampas sebuah kenderaan jenis Proton Perdana dan sebatang rotan.

Kesemua suspek berusia 30-an dan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Saringan ujian air kencing mendapati tiga orang suspek positif dadah jenis methamphetamine dan ganja,” katanya.

Kesemua suspek direman selama empat hari dan ditahan di Lokap Balai Polis Banting.



Kes disiasat di bawah Seksyen 364 dan 326 Kanun Keseksaan. Utv

Pukul, campak tukang cuci ke sungai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]



View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker