Kanak-kanak tujuh tahun mangsa rogol, dera ditemukan di tepi jalan

Kanak-kanak tujuh tahun mangsa rogol, dera ditemukan di tepi jalan

Manjung: Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita disyaki merogol dan mendera kanak-kanak perempuan tujuh tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata, penahanan dilakukan selepas seorang lelaki menjumpai mangsa di tepi jalan seorang diri dan membawa mangsa ke balai polis di daerah berkenaan jam 11.50 pagi semalam.



Menurutnya, kanak-kanak perempuan berkenaan dijumpai dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai.

“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Manjung bagi tujuan rawatan.

“Hasil pemeriksaan pihak perubatan mendapati, mangsa dipercayai dirogol dan didera.

“Terdapat kesan kecederaan lama dan baru pada badan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Boo Khim berkata, sepasukan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menahan dua lelaki dan seorang wanita di perkarangan balai polis jam 9.30 semalam kerana disyaki terbabit dalam kes terbabit.

“Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 26 hingga 40 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mereka direman sehingga 23 April depan bagi siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2021 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. HM

Kanak-kanak tujuh tahun mangsa rogol, dera ditemukan di tepi jalan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?



Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker