Polis cari ‘Dato Mohamad’

Polis cari ‘Dato Mohamad’

Alor Setar: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran perniagaan rakan kongsi tidak wujud untuk memperdaya mangsanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, individu terbabit dikenali sebagai Mohamd Jaylani Sheikh Mohamad berusia 44 tahun dan alamat terakhirnya di Taman Citra, di sini.



Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sedang menjalankan siasatan berhubung beberapa laporan polis yang diterima berkenaan kes penipuan terbabit.

“Jumlah kerugian berkaitan kes ini membabitkan RM1 juta dan hasil siasatan mendapati individu terbabit menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Basri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, dan dengan sebat, dan hendaklah juga dikenakan denda.



Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline IPD Kota Setar 04-7326999 atau menghubungi pegawai penyiasat iaitu Inspektor Risikan / Operasi BSJK IPD Kota Setar, Inspektor Mohamad Zakuan di talian 012-9428575 atau Inspektor Risikan /Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Inspektor Saltul Supla di talian 017-9743153. HM

Polis cari ‘Dato Mohamad’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira



All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker