Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan

Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan

“Kes sudah lama, tetapi sampai sekarang tiada penyelesaian, ‘tauke’ syarikat pula bebas terus beroperasi, malah boleh bercuti ke luar negara tanpa rasa bersalah,” luah kecewa Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mangsa Umrah, Rusman Abu Samah.

Dia yang mewakili lebih 200 mangsa yang mendakwa ditipu sebuah syarikat pengurusan haji dan umrah yang sama.



Pelbagai saluran sudah digunakan pihaknya untuk mendapatkan keadilan kepada mangsa syarikat terbabit yang rata-rata daripada mereka terdiri daripada warga emas dan golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, ada antara mereka sanggup menjual tanah, menggadaikan harta dan mengeluarkan semua wang simpanan demi menunaikan ibadah umrah, namun akhirnya ditipu syarikat terbabit dan wang dilaburkan hangus begitu sahaja.

Katanya, ada antara mangsa itu dibuang keluarga kerana dituduh menipu duit sanak saudara sedangkan mereka sendiri juga menjadi mangsa syarikat tidak bertanggungjawab terbabit.

“Syarikat ini dikenali ramai, malah memilik lesen pengelola jemaah haji daripada Tabung Haji (TH), itu yang membuatkan saya sendiri tertarik untuk membeli pakej mereka selepas meneliti latar belakang syarikat dan melihat review yang memberangsangkan dalam talian.



“Saya sendiri kerugian mencecah RM41,000 bagi pakej mengerjakan umrah namun tiba tarikh yang dijanjikan pihak syarikat gagal menerbangkan kami dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, syarikat berkenaan menyalahkan kenaikan harga tiket penerbangan dan kos penginapan sebagai punca mereka gagal diterbangkan ke Arab Saudi, namun enggan memulangkan wang yang sudah dibayar.

Rusman berkata, puluhan laporan kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (Motac) serta Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sudah dibuat namun sehingga kini tiada penyelesaian.

“Kami kecewa kerana tiada tindakan tegas diambil terhadap syarikat dan pemilik syarikat berkenaan malah syarikat itu enggan membuat pembayaran balik walaupun sudah diarahkan oleh TTPM untuk berbuat demikian.



“Sudahlah tidak mahu pulangkan wang kami, malah pemilik syarikat berkenaan bebas bergerak dan boleh pula pergi bercuti ke luar negara tanpa berasa bersalah…di mana keadilan untuk kami, pihak kerajaan khususnya harus ambil perhatian isu ini,” katanya.

Menurutnya, akta sedia ada berhubung penipuan komersial sudah tidak relevan dan perlu digubal semula selari dengan peredaran zaman bagi menutup kelompongan undang-undang daripada dieksploitasi individu tidak bertanggungjawab.

Katanya, syarikat terbabit bijak menggunakan kelompongan dalam undang-undang hingga mereka mampu kekal beroperasi walaupun puluhan laporan dibuat terhadap mereka.

Rusman berkata, pihaknya diberitahu oleh agensi penguat kuasa bahawa atas sebab tertentu masalah mereka adalah kes sivil kerana tidak cukup ‘rempah’ dan ‘bahan’ untuk diklasifikasikan sebagai penipuan jenayah.



“Mengapa polis tidak membuka kertas siasatan jenayah terhadap mereka? Kami diberitahu kerana syarikat terbabit masih mempunyai akaun yang sah, masih menerbangkan jemaah lain dan masih beroperasi, itu alasan diberikan kepada kami.

“Jadi, bagaimana nasib ratusan individu yang menjadi mangsa ini? Kami penat ditolak ke sana sini, jika semua agensi tidak mahu bertindak, kerajaan ketika ini perlu gubal semula undang-undang…ke mana lagi kami mahu pergi?

“Suruh kami buat tuntutan di Mahkamah Sivil itu semua perlukan duit dan ramai antara mangsa ini hingga bergadai harta untuk menunaikan umrah bila sudah ditipu mana ada wang lagi,” katanya. HM

Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker