Mahathir sedih kalah teruk, tumpu tulis buku sejarah

Mahathir sedih kalah teruk, tumpu tulis buku sejarah

Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad mahu menumpukan kepada penulisan mengenai sejarah dan aktiviti dalam negara selepas partinya tewas di semua 125 kawasan ditandingi, pada pilihan raya umum.

Katanya, beliau sedih dengan kekalahan dialami, namun menerima pilihan rakyat.

“Yang boleh dilakukan oleh Pejuang ialah melihat arah pemerintahan pihak yang menang. Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi kerajaan Malaysia akan dapat pulih segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.

“Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara. Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British,” katanya dalam kenyataan. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Mahathir sedih kalah teruk, tumpu tulis buku sejarah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker