Kes Covid-19, Pengumuman KJ petang ini mendebarkan

PUTRAJAYA – Beberapa pengumuman penting dijangka diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar petang ini.

Menerusi ciapan di Twitternya, perkara itu akan diumumkan menerusi sidang akhbar jam 5 petang.

“Status perkembangan terkini Omicron akan dibuat pada sidang akhbar mingguan saya petang ini,” ciapnya pada Isnin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan jemputan sidang akhbar Khairy sekitar jam 12 tengah malam tadi.

Jangkitan Covid-19 di negara ini kembali meningkat secara mendadak berikutan gelombang varian Omicron.

Terbaharu, 10,089 kes baharu dilaporkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,914,220.

Jangkitan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh empat bulan.

Kes Covid-19, Pengumuman KJ petang ini mendebarkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker