Saya nak tengok wayang – Anwar

Saya nak tengok wayang – Anwar

“Saya nak tengok wayang!” seloroh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum kenderaannya memecut lajut meninggalkan kawasan kediamannya pagi tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian ketika ditegur oleh sekumpulan media semasa mahu meninggalkan rumahnya di Bandar Sungai Long.



Kenderaan BMW hitam yang membawa Anwar meninggalkan rumahnya pada jam 11.22 pagi tadi.

Namun, difahamkan beliau akan pejabatnya di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Semalam, Anwar dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 4 petang.

Sesi mengadap itu untuk menentukan gabungan parti yang mempunyai sokongan bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang masih tergantung selepas tiada parti politik yang mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 Sabtu lalu.



Anwar yang ditemui selepas sesi mengadap itu mengesahkan beliau masih lagi belum dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Tidak ada apa-apa keputusan lagi setakat ini. Sekarang ada kekosongan jawatan dan terbuka untuk permohonan,” katanya lagi. MG

Saya nak tengok wayang – Anwar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah



Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker