MCA Mersing desak Ka Siong letak jawatan

MCA Mersing desak Ka Siong letak jawatan

MERSING – MCA Bahagian Mersing menggesa Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab ke atas kekalahan parti itu dalam Pllihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lalu.

Pengerusi MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt berkata, keputusan PRU15 yang menyaksikan MCA menghadapi kekalahan teruk memberikan isyarat jelas bahawa pengundi Cina sekali lagi menolak MCA.

Katanya, Ka Siong selaku pemimpin nombor satu dalam parti MCA dilihat menafikan kegagalan beliau dalam memimpin parti itu dengan menolak tanggungjawab kekalahan tersebut kepada Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.



“Wee sekali lagi menunjukkan kemahiran beliau yang hebat, iaitu ‘siam’ (elak dalam Bahasa Hokkien), segala kegagalan itu datang daripada orang lain manakala segala kejayaan itu datang daripada diri sendiri.

“BN hanya memenangi 30 kerusi. Pemimpin tertinggi parti percaya pengerusi BN dan kepimpinan UMNO gagal dalam kepimpinan dan menggesa Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid berundur secara terhormat dalam detik susah yang sedang dihadapi sekarang.

“Mengikut situasi yang sama, parti politik yang mewakili kaum Cina di Malaysia hanya memenangi dua kerusi di 44 kawasan yang majoritinya bukan Cina. Keputusannya sangat teruk. Patutkah Datuk Seri Wee Ka Siong yang menjadi presiden, juga letak jawatan?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, presiden bukan sahaja gagal memimpin seluruh parti dan pemimpin akar umbi dengan hala tuju dan strategi yang jelas selepas pilihan raya, malah meminta Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon mengeluarkan kenyataan meminta Ahmad Zahid untuk berundur kerana kegagalan BN. K Online



MCA Mersing desak Ka Siong letak jawatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker