Kami tak jual prinsip parti – Azalina

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berkata langkah menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan tidak bermakna perlu menjual prinsip dan dasar sesebuah parti.

Azalina Othman Said berkata, sebaliknya mereka boleh bersetuju dengan manifesto bersama untuk memasukkan seluas mungkin janji dalam manifesto tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Pengerang itu, ini juga membolehkan parti berkenaan mengekalkan prinsip dan dasar masing-masing serta memastikan pengundi tidak rasa tertipu.



“Pembentukan kerajaan yang merangkumi parti dan gabungan berbeza boleh dilihat sebagai gabungan besar dan disifatkan ‘Gabungan-Pasca PRU15’,” katanya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dalam kenyataan.

Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan perpaduan demi negara dan rakyat.

Seri Paduka Baginda juga menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menjadi sebahagian kerajaan baharu.

Tambah Azalina, terdapat beberapa varian perpaduan politik lain antaranya kerajaan majoriti kuat dengan pembangkang bertanggungjawab atau kerajaan minoriti.



“Kini terpulang kepada parti politik untuk mengenepikan agenda peribadi dan perbezaan demi mengutamakan rakyat sekaligus sebagai tanda penghormatan kepada titah Yang di-Pertuan Agong.

“Seri Paduka Baginda telah menitahkan segera menyelesaikan krisis politik yang menyebabkan Parlimen tergantung dengan penubuhan kerajaan perpaduan,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari



Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker