Zahid ditekan: Parti komponen BN sahkan surat usul tidak percaya kepada beliau adalah tulen

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon mengesahkan ketulenan surat usul tidak percaya terhadap Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya meletakkan jawatan.

Mereka bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kandungan surat berkenaan.

Surat yang ditandatangani oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup itu dihantar kepada Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.



Dalam surat tersebut, ketiga-tiga pemimpin parti komponen itu meminta Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berundur secara terhormat serta-merta dan digantikan Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Berdasarkan surat yang tular itu, tindakan tiga parti komponen itu dibuat selepas Ahmad Zahid didakwa mengkhianati keputusan dicapai menerusi mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada jam 10 pagi Selasa.

Menerusi mesyuarat berkenaan, BN berpendirian untuk berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan termasuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.



“Perkara ini sudah diusulkan Presiden MIC dalam mesyuarat semalam, tetapi perjalanan mesyuarat terganggu apabila Pengerusi membenarkan Ahli Parlimen BN memasuki bilik mesyuarat walaupun mesyuarat Dewan Tertinggi BN masih belum selesai.

“Kami akan memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi BN untuk mengambil tindakan tatatertib sekiranya Pengerusi enggan berundur secara terhormat pada hari ini,” kata surat tersebut. – Sinar Harian

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak



Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker