X benarkan semula iklan politik

X benarkan semula iklan politik

Platfrom X (Twitter) Elon Musk, kini kembali menerima iklan politik, selepas kira-kira empat tahun, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Larangan yang diperkenalkan pada Oktober 2019 itu pada mulanya akan ditarik balik di Amerika Syarikat, menurut hantaran blog itu pada Selasa.



Bekas ketua Twitter Jack Dorsey yang mewajarkan larangan itu berkata capaian politik perlu diperoleh dan bukan dibeli. X kini merujuk komitmen perkhidmatannya kepada kebebasan bersuara.

Pada masa yang sama, platform itu akan mengenakan beberapa peraturan terhadap penyebaran mesej politik berbayar.

Mesej politik dilarang mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan. Ini termasuk gambaran salah yang bertujuan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kesahihan pilihan raya.

Sekatan ini mungkin mengehadkan cara bekas presiden Donald Trump dan penyokongnya menggunakan X dalam kempen presiden 2024.



Apa pun hakikatnya, Trump tetap mendakwa bahawa pilihan raya lepas “telah dicuri” daripadanya.

Musk telah mengaktifkan semula akaun Trump yang telah lama diharamkan pada perkhidmatan itu. Setakat ini, bekas presiden itu hanya sekali menggunakannya, memuat naik gambar mugshot yang dirakam oleh polis.

Trump aktif di rangkaian media sosialnya sendiri, Truth Social.

Rangkaian itu kini hanya mempunyai 6.4 juta pelanggan, manakala di X beliau berjaya mendapatkan lebih 80 juta pengikut. BH



X benarkan semula iklan politik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker