Tanda anda tersilap beli kenderaan di luar kemampuan

Tanda anda tersilap beli kenderaan di luar kemampuan

Ramai pembeli kereta sebenarnya mengidam untuk membeli samaada kereta baru ataupun terpakai kerana ia telah lama menjadi idaman mereka. Sebaik sahaja mereka mendapat gaji atau menerima kenaikan gaji, perkara pertama yang terlintas dalam kepala ialah untuk menukar kepada kereta baru yang lebih segak dan cantik.

Sebenarnya tak salah untuk berimpian sebegitu apatah lagi ia sebenarnya membantu dari aspek ekonomi negara, mengurangkan risiko kemalangan dengan kereta baru yang lebih moden dan selamat serta sangat efisyen dari segi penggunaan petrol dan pelepasan gas karbon dioksida.



Tapi yang menjadi masalahnya ialah apabila anda terbeli kereta yang salah di luar kemampuan sebenar seseorang, apatah lagi dengan institusi kewangan yang membenarkan had maksima potongan gaji sehingga mencecah 1/3 daripada gaji untuk pembiayaan kenderaan.

Contohnya begini, Ali bergaji RM 1800 (anggaran kasar sebelum ditolak dengan KWSP dan SOCSO). Maka Ali layak membeli kereta dengan ansuran bulanan sehingga RM 600 sebulan. Tambahan pula Ali ini ialah graduan muda bujang, senang la pinjamannya lulus.

Baki gaji RM 1200 untuk hidup sebulan nampak banyak sebenarnya untuk Ali yang bujang, tapi secara realitinya RM 1200 tak banyak tuan-tuan. Kemungkinan besar Ali telah tersalah beli kenderaan dalam aspek kewangan sehingga menyebabkan Ali mengalami situasi di bawah:

1. Terasa seram sejuk bila membawa kereta untuk diservis di pusat servis bertauliah. Kalau boleh nak skip servis, hantar melebihi jarak perjalanan yang ditetapkan dan kemungkinan Ali nak hantar servis di bawah pokok ceri yang lebih murah



2. Rasa nak muntah bila mendengar harga kos penukaran tayar yang perlu ditukar apabila tiba masanya. Masakan tidak sebiji tayar boleh mencecah antara RM 150-200. Itu belum cerita lagi kalau tayar berjenama bangsawan atau harga bateri yang perlu ditukar apatah lagi kereta Ali menggunakan sistem Start-Stop

3. Ali terus demam apabila perlu memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta setiap tahun terutama Ali baru sahaja menggunakan kereta dan NCD Ali masih lagi rendah. Jadi Ali beli insuran saja tanpa perlindungan bencana alam dan juga perlindungan cermin depan

4. Ali berasa bimbang apabila pulang ke kampung berjumpa sanak saudara terutama pada hari raya. Disebabkan Ali bergaya menggunakan kereta baru, ramai anak saudara Ali mengharapkan duit raya dengan not warna merah. Takkan nak bagi seringgit.

5. Ali mulai berkira-kira untuk memberi duit belanja kepada ibu bapa di kampung, kalau beri pun sikit sangat. Silap haribulan Ali pula yang meminjam duit mak ayah bagi mencukupkan belanja hidupnya di bandar.



6. Kalau mulai berkeluarga, Ali terpaksa menghentikan langganan takaful kesihatan untuk anaknya bagi mencukupkan belanja bulan dan membayar ansuran kereta. Ali fikir, cukuplah dengan ke hospital kerajaan sebab semuanya percuma

7. Bukan itu sahaja, Ali mulai berkira kira pasal persekolahan anak-anak. Kalau boleh tadika nak dihantar ke tadika percuma, cuti sekolah duduk sahaja di rumah tengok TV sebab nak bercuti atau pulang ke kampung perlu belanja yang lebih bagi mengisi petrol, membayar tol dan lain-lain kos tambahan.

Tuan tuan pembaca yang budiman, kereta ialah alat pengangkutan yang satu hari nanti akan susut nilai. Baik kereta mahal, kereta murah, kecik atau besar ia tidak menggambarkan status kejayaan sesorang. Fahaman bahawa berkereta jenama mewah dan besar adalah satu status kebanggaan sudahpun berlalu pergi

Belilah kenderaan yang sesuai dengan kemampuan sebenar, sebab penulis pun pernah mengalami situasi ini. Kalau boleh, tahan nafsu dan belilah kenderaan yang memerlukan kita mengeluarkan bayaran ansuran bulanan antara 10-15% sahaja dari pendapatan bulanan kita. Kami pasti anda hidup dengan lebih bahagia dan gembira sebab makin kurang komitmen bayaran bualanan kita, makin gembira hidup



Masih ada kereta sedan ataupun kereta kompak dengan bayaran bulanan sekitar RM 300++ sahaja sebulan. Kalau boleh letakkan terus deposit untuk kereta pada 20%, makin kurang bayaran bulanan dan makin senang hati bila nak jual semula kereta. Kalau tak mampu berkereta baru, apa salahnya kereta terpakai dengan syarat anda tahu sejarah kereta tersebut. Mnika

Tanda anda tersilap beli kenderaan di luar kemampuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker