Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya

Sebaran :

Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya

Tiada kelibat Mazlan atau Lan Pet Pet. Itulah persoaalan yang berlegar-legar dalam kalangan peminat kumpulan pelawak Senario apabila pelawak berkenaan dilihat tidak terlibat dalam pembikinan filem terbaharu Jaga-Jaga Senariounion baru-baru ini.

Pengarahnya, Aziz M. Osman menjelaskan, pihaknya sudah menghubungi Mazlan atau nama lengkapnya Mazlan Ahmad, 52, namun atas komitmen kerja, adik ipar kepada aktres Rozita Che Wan itu terpaksa menolak tawaran untuk terlibat dalam projek tersebut.

“Kami semua sudah menghubungi Mazlan. Kita tahu apabila dia mempunyai komitmen lain dan kami fahamlah.



“Malah, sehingga penggambaran babak-babak terakhir, kami masih berusaha mendapatkannya (panggil berlakon), namun tidak berhasil. Mungkin tiada rezeki kami untuk bersama dengannya bagi filem ini,” katanya kepada Kosmo! Online di lokasi penggambaran Jaga-Jaga Senariounion di Jannah Wedding Place, Beranang malam tadi.

Tambah Aziz yang sinonim dengan francais filem Senario berkata, pada awalnya, Mazlan bersetuju untuk bekerjasama bagi filem yang dinanti-nanti ramai tersebut.

“Dia juga sempat melakukan promosi bersama kita. Namun, sehingga saat ini, walaupun dua, tiga hari lepas sebelum kami nak selesai penggambaran, kami tetap telefon Mazlan untuk muncul sekurang-kurangnya dalam satu dua babak.

“Apapun, kami faham dia bukan berniat untuk menolak tetapi mempunyi kerja lain yang perlu diutamakan,” ujarnya.



Ditanya adakah perkara tersebut berlaku disebabkan faktor lokasi, Aziz memberitahu terdapat ahli kumpulan lain yang tinggal di negeri lain namun sanggup ke Kuala Lumpur demi tuntutan kerja.

“Wahid dan Hamdan bukan menetap di Kuala Lumpur tapi di Ipoh, Perak. Namun, untuk penggambaran mereka boleh datang sini.

“Sehingga saat akhir kami cuba juga nak tampilkan Mazlan dalam cerita ini. Bukan tak dapat berhubung, kami dapat bercakap dengan dia tapi masa tak mengizinkan untuk dia berlakon,” katanya lagi.

Sementara itu, salah seorang anggota Senario iaitu Azlee berkata, watak untuk Mazlan sudah digarap oleh Aziz, tetapi akhirnya diberikan kepada orang lain untuk dibawakan.



“Karakternya masih ada tetapi diganti dengan pelakon lain. Siapakah dia, tontonlah filem ini.

“Walaupun kurang seorang, saya tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berkumpul semula dengan anggota yang lain. Ini merupakan reunion yang sangat menggembirakan kami,” tuturnya.

Untuk rekod, Mazlan yang pernah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini sudah beralih kerjaya sebagai pembantu peguam di syarikat guaman Aswandi Hashim & Co milik Datuk Dr. Aswandi Hashim.

Mazlan memulakan tugas pertamanya di Kompleks Mahkamah Alor Setar pada 25 Ogos lalu.

Jaga-Jaga Senariounion terbitan Botak Production Management Sdn. Bhd. menampilkan semua anggota Senario iaitu Azlee, Hamdan, Wahid, Yassin, Saiful Apek dan Ilya.

Filem yang bakal ditayangkan di Astro First itu turut melibatkan barisan pelakon yang pernah membintangi filem Senario sebelum ini seperti Syanie, Bobby Kiran dan Prono.

Selain itu, Amir Raja Lawak, Farisha dan Badrul Shah turut membuat kemunculan dalam filem tersebut. K Online

Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.