Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir

Sebaran :

Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir

Kenderaan merupakan salah satu harta benda yang paling banyak terjejas akibat banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Pihak PIAM dan MTA telah pun meminta orang ramai menyemak semula sijil/polisi untuk proses membuat tuntutan insuran.

Baru-baru ini tular beberapa keping gambar seorang pemilik Mercedes-Benz AMG A 45S berjaya menyelamatkan keretanya daripada ditenggelami air banjir dengan menggunakan beberapa timbunan rim kertas A4.

Hantaran Facebook itu telah meraih ratusan komen dan lebih 2,000 kali perkongsian oleh pengguna media sosial yang lain. Rata-rata ramai yang memberikan pelbagai reaksi terhadap ‘kebijaksanaan’ pemilik kereta Mercedes tersebut.



Orang ramai menyatakan lebih baik ‘korbankan’ beberapa rim kertas A4 daripada membiarkan keretanya yang bernilai kira-kira RM437,673 (tanpa kos-kos lain) ditenggelami air banjir.

Walaupun nampak seperti kelakar, namun tindakan lelaki ini berjaya menyelamatkan keretanya dan tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk membaikinya.

Selalunya keadaan terdesak dapat membuatkan kita lebih trigger untuk mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang sedang berlaku secara tiba-tiba. Siapa sangka beberapa susunan rim kertas A4 berjaya menyelamatkan sebuah kereta bernilai hampir setengah juta ringgit.
Vc

Kertas A4Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *