Suami ‘kantoi’ curang kerana kamera loceng pintu

Rakaman hitam putih itu menunjukkan si suami mengucapkan selamat tinggal kepada teman wanitanya di bahagian tangga hadapan rumah mereka lantas menciumnya.- TikTok

LONDON – Seorang pengguna aplikasi TikTok baru-baru mendedahkan tindakannya yang berjaya merakam kecurangan suaminya menerusi rakaman kamera keselamatan loceng pintu kediaman mereka, lapor akhbar New York Post semalam.

Kaylie Kristina, menerusi akaun TikTok @kaylie271 berkongsi rakaman mengejutkan itu yang menunjukkan suaminya sedang mengucup seorang wanita lain.

“Apabila suami anda tidak sihat untuk pergi ke percutian keluarga yang telah dirancang,” demikian kenyataan yang ditulis pada video tersebut.

Rakaman video hitam putih yang dirakam sekitar pukul 10 malam itu menunjukkan suami Kristina mengucapkan selamat tinggal kepada teman wanitanya di bahagian tangga hadapan rumah mereka lantas menciumnya.



Kristina menjelaskan bahawa lelaki itu menganggap kamera keselamatan tersebut tidak lagi berfungsi.

Dia turut memaklumkan bahawa suaminya telah meminta maaf namun baginya, ia tidak mencukupi. – AGENSI

Suami ‘kantoi’ curang kerana kamera loceng pintu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker