Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah

Sebaran :

Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah

Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan 10 individu, termasuk sembilan beranak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan.

Mohd Rafi Jaafar, 37, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang memandu treler jenis Hanvan didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam dan sehingga berlaku kemalangan dan mengorbankan 10 nyawa, menurut laporan Berita Harian.



Mangsa korban termasuk sembilan beranak, iaitu ibu serta lapan anaknya, selain seorang lelaki.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 8.3 Lebuhraya ELITE dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke arah Shah Alam, kira-kira jam 12.02 malam, 18 Disember lalu.

Mohd Rafi dituduh mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan lesen memandu ditahan dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi.



Tertuduh bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan atas alasan isterinya tidak bekerja dan kini menjaga seorang anak yang sakit di Hospital Melaka.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan bersama syarat tambahan lesen memandu digantung serta merta.

Selain itu, mahkamah memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan kediamannya pada minggu pertama setiap bulan.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 27 Januari 2022.



Pihak pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Selangor, Mohammad Al-Saifi Hashim dan Mohd Asnawi Abu Hanipah serta Saidah Fasihah Che Yussoff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sabtu lalu, sepuluh individu dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya ELITE menghala ke Shah Alam, di Subang Jaya. FMT

Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *