Billie Eilish tonton filem lucah sejak usia 11 tahun

PENYANYI popular Billie Eilish mendedahkan bahawa dia pernah ketagihan menonton filem lucah (pornografi) seawal usia 11 tahun.

Kesannya, penyanyi yang kini berusia 20 tahun itu mengakui keadaan tersebut merosakkan mindanya kerana mula menonton filem lucah pada usia yang terlalu muda.

“Saya mengakui menonton filem lucah sejak usia masih kanak-kanak. Saya mula menontonnya pada usia 11 tahun lagi.

“Perkara itu benar-benar membuatkan otak saya musnah. Saya berasa sangat kesal kerana terdedah dengan kandungan lucah pada usia terlalu muda,” katanya ketika ditemu bual dalam program The Howard Stern Show baru-baru ini.

Penyanyi lagu Happier Than Ever itu turut berkongsi bahawa pendedahannya dengan kandungan lucah telah menyebabkan dia mempunyai jangkaan yang tidak realistik dalam hubungan intim.

Eilish juga menambah, semua filem pornografi hanyalah lakonan yang melampau dan bukanlah seperti hubungan asmara dalam dunia sebenar.

Billie Eilish tonton filem lucah sejak usia 11 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resort Aliff Syukri di Janda Baik hampir musnah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker