Restoran viral tipu harga makanan

Restoran viral tipu harga makanan

Seorang pelanggan terkejut apabila restoran yang dikunjunginya dengan sengaja mengenakan harga yang mahal bagi makanan yang dipesan.

Perkara itu disedarinya apabila dia mengira semula jumlah bil makanan yang dibeli sebelum mendapati restoran itu telah mengecas harga lebih RM60.

Katanya, kejadian itu berlaku di sebuah restoran terkenal di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Tolong semak jumlah bil anda sebelum membayar di restoran ini. Hari ini saya terkena untuk tiga orang makan jumlah bil ialah RM129 di mana tidak masuk akal langsung.

“Selepas dikira semula, jumlah bil sebenarnya RM75 sahaja. Kedai ini dengan sengaja meletakkan jumlah berlebihan kerana dia tahu kebanyakan pelanggan tidak menyemak bil itu,” katanya.

Menerusi ruangan komen, didapati terdapat beberapa pelanggan yang berkongsi pengalaman sama di restoran berkenaan malah ada juga yang mendakwa premis tersebut sering mengenakan harga yang tidak masuk akal kepada pelanggannya.

“Ibu bapa saya pernah terkena. Seorang pelayan ini ingat makanan kami belum dikira, kemudian dia beritahu jumlah semuanya RM55. Sedangkan sudah ada seorang pelayan mengirakan harga makanan kami dan memaklumkan jumlahnya ialah RM35,” kata Afiqah.

“Kedai ini sangat mahal lepas itu tidak sedap. Siapalah pergi makana di sana lagi,” kata Senah.

“Hari itu nampak kedai ini muat naik video di TikTok katanya sedih pelanggan sudah tidak ramai. Kalau begini, memang wajarlah pelanggan tidak mahu datang lagi,” kata Azizan.

“Daripada dulu lagi aku macam kurang berkenan dengan tempat ini walaupun dekat dengan pejabat. Perasan tak ada berapa ramai pelayan mereka ada? Dulu aku suka suruh mereka kirakan, bila pelayan pertama kira, aku simpan resit itu. Lama sikit, panggil pelayan lain kirakan harga lain pula dia beri,” kongsi Hariz.

Sehingga kini perkongsian itu telah mendapat lebih 2,000 ulang ciap. K Online

Restoran viral tipu harga makanan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker