Polis kesan keluarga panjat palang besi lari dari kawasan PKPD

Polis kesan keluarga panjat palang besi lari dari kawasan PKPD. Polis sedang mengesan keluarga yang dipercayai melarikan diri dengan memanjat palang besi di sebuah kawasan perumahan di Sungai Isap di sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya dalam proses mengenal pasti identiti keluarga itu selepas rakaman video perbuatan mereka tular di media sosial.

“Pihak kita menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti individu yang didapati keluar tanpa kebenaran itu. Kita juga meminta perakam video tersebut tampil bagi membantu siasatan

“Siasatan ini dijalankan dibawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (SKMM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan dan pemeriksaan di kawasan PKPD Sungai Isap pada Selasa.

Pada petang Isnin, tular satu rakaman video berdurasi 32 saat memaparkan satu keluarga melarikan diri dengan memanjat palang besi di kawasan itu.

Perakam video itu mendakwa, ada individu menunggu dalam kenderaan yang diletakkan di jalan besar berhampiran kawasan perumahan tersebut.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Mohamad Noor berkata, terdapat sebahagian kawasan tidak dipasang kawat duri kerana mempunyai tembok pagar dan longkang.

Bagaimanapun katanya, polis akan memperketatkan pematuhan dan kawalan di semua kawasan PKPD bagi mengelak kejadian sama berulang.

Sebanyak 13 lokaliti dikenakan PKPD di daerah Kuantan ketika ini iaitu Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Derhaka, Kempadang, Sungai Soi, Kampung Pahang, Taman Seri Inderapura, Taman Indera Sempurna, Taman Tas dan Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum serta Taman Impianku.

Polis kesan keluarga panjat palang besi lari dari kawasan PKPD


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ubah TH kepada sebuah ‘bank’ risiko tidak cermat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker