Jaafar Onn dikecam kerana main TikTok

Sebaran :

Jaafar Onn dikecam kerana main TikTok

Penyanyi dan pelakon veteran, Datuk Jaafar Onn didakwa telah menerima kecaman dan hinaan daripada warga netizen menerusi aplikasi Tik Tok.

Jaafar Onn atau lebih mesra dengan panggilan papa, sering memuatnaik video dirinya di aplikasi Tik Tok dengan membuat aksi parodi lucu bagi menghiburkan peminat dan pengikutnya di aplikasi berkenaan.

Dia dilihat kini semakin aktif di aplikasi Tik Tok berkenaan apabila boleh dikatakan setiap minggu pasti akan ada video terbaru daripadanya dan ekoran daripada itu terdapat netizen yang melemparkan dakwaan punca aktifnya di aplikasi berkenaan adalah kerana tiada tawaran berlakon atau tidak laku.

“Tak ada job, bertiktok pula datuk, okay la,” komen netizen di aplikasi Tik Toknya.

Selain itu, Datuk Jaafar Onn didakwa telah menimbulkan rasa meluat dikalangan warga netizen bila melihat video parodinya yang dikatakan kurang bersesuaian dengan umurnya yang mencecah 70 tahun itu.

Netizen juga turut menyelar pelakon berkenaan dan mendakwa aksi tersebut seperti menjatuh maruahnya selaku orang lama dalam industri.

“Dah tua-tua tu, bawak bawak la bertaubat cik Jaafar oi, kubur kata mari rumah kata pergi

“Mendaaa la aku tengok ni aduhaii

Dah tak ada keje lain ke?,”antara komen netizen yang meluat dengan tindakannya di Aplikasi Tik Tok.

Meskipun mendapat kecaman, Jaafar dilihat masih lagi meneruskan niat murninya itu dengan melakukan aksi lucu bagi menghiburkan peminatnya di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sedikit makluman, pelakon ini pernah popular menerusi drama Cili Padi yang ditayangkan di Tv3 pada tahun 1995 dan pernah juga merakamkan beberapa buah lagu. Wc

Jaafar Onn dikecam kerana main TikTok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang


Sebaran :

Leave a Reply