Ciapan Takiyuddin mendapat reaksi Puad dan Shabery

Ciapan Takiyuddin mendapat reaksi Puad dan Shabery

Ciapan Takiyuddin: Puad saran angkat bendera putih, Shabery hantar tanda soal

Dua ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menyindir Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, yang mengajak semua pihak mencontohi semangat Kesatuan Soviet semasa menghadapi ‘perperangan’ mengalahkan Covid-19.

Mohd Puad Zarkashi berkata, tiada keperluan untuk mencontohi semangat kesatuan komunis itu itu memandang kerajaan yang ada kini memang gagal menangani penularan wabak berkenaan.

“Takiyuddin Hassan syor, kita bersatu lawan Covid-19 sebagaimana Kesatuan Soviet kalahkan tentera Hitler dalam Battle of Stalingrad (Perang Stalingrad).

“Beginilah sahabatku, dah tahu gagal dan daripada ramai lagi rakyat mati, naikkan saja bendera putih,” kata Mohd Puad dalam satu hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam ciapannya di Twitter meminta semua pihak bersatu dan mengatur strategi melawan Covid-19 seperti mana tentera merah Stalin mengalahkan gerombolan Hitler semasa perang awal 1940-an lalu.

“Ayuh kita atur strategi bersama kalahkan Covid sepertimana Stalin’s Red Army kalahkan Hitler’s Fourth and Sixth armies” dalam Battle of Stalingrad.

“Lupakan perbezaan ke arah persamaan, bentuk kekuatan demi rakyat dan negara. #StayUnitedStaySafe,” ciapnya.

Seorang lagi ahli MT Umno, Ahmad Shabery Cheek, mempersoalkan mesej yang cuba disampaikan pemimpin PAS itu melalui ciapan berkenaan.

Katanya, rakyat telah bersatu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Perikatan Nasional.

“Rakyat bersatu patuhi SOP. Berbulan-bulan berkurung menurut perintah. Sama menyumbang apa yang termampu.

“Battle of Stalingrad? Mesej apa lagi yang nak disampaikan? Apakah lebih ramai yang menderita dan terkorban?” katanya di media sosial.

Untuk rekod PAS adalah sebahagian daripada kerajaan PN dan menjadi salah sebuah parti komponen gabungan berkenaan.

Mohd Puad pula menjadi antara pemimpin Umno pusat yang lantang mengkritik PN di sebalik hubungan rasmi dijalin di antara parti itu dengan PAS melalui Muafakat Nasional. Mk

Ciapan Takiyuddin mendapat reaksi Puad dan Shabery


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib bela Ebit Liew

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker