Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Umpama Kelas Tadika - Salahuddin — MYKMU.NET

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Umpama Kelas Tadika – Salahuddin

Sebaran :

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Umpama Kelas Tadika – Salahuddin

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menganggap Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 26 Julai hingga 2 Ogos ini umpama ‘kelas tadika’.

Menurusi ciapan Twitternya, Ahli Parlimen Pulai itu mendakwa mesyuarat khas selama lima hari itu yang hanya menumpukan kepada penerangan menteri-menteri, melanggar titah Yang di-Pertuan Agong pada 29 Jun lalu.

Salahuddin turut mengepilkan kenyataan media Istana Negara bertarikh 29 Jun lalu dan takwim Mesyuarat Khas itu yang menerangkan urusan mesyuarat bagi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan itu.

“Persidangan Parlimen yang ditetapkan pada 26 Julai hingga 2 0gos 2021 ini hanya menjadikan Parlimen macam kelas tadika.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun peda Khamis memaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan satu mesyuarat khas sebelum tarikh mesyuarat akan datang telah ditetapkan mengikut Peraturan 1.1 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Azhar memaklumkan, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin akan mengeluarkan Pemberitahuan Mesyuarat khas kepada semua Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari ini bagi memaklumkan Dewan Rakyat akan bersidang selama lima hari pada Isnin 26 Julai hingga Khamis, 29 Julai dan Isnin, 2 Ogos mulai jam 10 pagi.

Pada 29 Jun lalu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah menzahirkan pandangan agar persidangan parlimen diadakan bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.-Awani

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Umpama Kelas Tadika – Salahuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’

Anak jadi pemuas nafsu bapa ketika PKP


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: