Janna tayang punggung, netizen yang panas

Janna tayang punggung, netizen yang panas

Sekeping foto dengan aksi ‘mengancam’ yang dimuat naik pelakon Janna Nick dalam Instagram miliknya menjadi perhatian ramai sehingga mengundang kecaman hebat oleh netizen.

Menerusi hantaran tersebut, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner dilihat memakai blaus berwarna kelabu tanpa lengan dipadankan bersama seluar bermotif kotak-kotak sambil menggayakan aksi dari sudut sisi dan mempamerkan bahagian punggungnya di atas sebuah kerusi.



“Lebih baik dibenci dengan menjadi diri sendiri daripada disayangi untuk sesuatu yang bukannya diri anda,” tulis Janna dalam kapsyen foto tersebut membayangkan prinsip hidupnya yang cekal biarpun dipandang serba tidak pada pandangan orang lain.

Perkongsian foto dengan aksi menggoda itu ternyata membuatkan segelintir peminatnya dalam Instagram berasa kecewa dan mempersoalkan motif sebenar pelakon tersebut memuat naik gambar dengan aksi sedemikian rupa.

“Memang musim artis posing (bergambar) tayang seperti ini ke?” kata seorang pengikutnya dalam Instagram.

“Sekarang ini kenapa nak tunjuk punggung? Motif?” soal seorang lagi pengikutnya.



Selain menerima komen kecaman, terdapat juga peminatnya meninggalkan komen berbaur kesal dan kecewa dengan tindakan pelakon drama Marry Me Senorita itu.

“Astaghfirullah. Apakah ini? Kering sudah air mata. Bukan malu nak tegur tapi kelu lidah nak berkata. Tiada niat hendak membenci, tapi benci dengan tindakan. Moga hidayah sampai sebelum hari tiada tarikh (ajal),” komen seorang netizen.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Online mendapati teman wanita kepada pelakon Dini Schatzman itu telah menjawab beberapa komen yang ditinggalkan netizen.



“Kalaulah perempuan tahu mata lelaki berfungsi macam mana,” kata seorang pemilik akauan Instagram.

Janna kemudiannya dilihat membalas komen tersebut dan berkata, hanya mata lelaki-lelaki yang gagal sahaja yang memandangnya dengan pandangan seperti dimaksudkan pemilik akaun tersebut.

Jawapan yang diberikan Janna kemudiannya mendapat perhatian ramai terutamanya golongan lelaki apabila tersinggung dengan tuduhan tersebut.

Biarpun dikecam netizen, hantaran tersebut turut mendapat perhatian dan pujian oleh rakan-rakan artis apabila meninggalkan komen positif kepada Janna antaranya Ernie Zakri, Reen Rahim dan Ika Nabella.



“Cantik! Jaga diri Janna sayang,” komen penyanyi Ernie Zakri.

Untuk rekod, Janna sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan bahawa dia pernah melakukan cubaan bunuh diri sebanyak dua kali iaitu ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Bukan itu sahaja, Janna turut mendedahkan bahawa dia juga mengakui dirinya menghidap Bipolar Disorder dan kini masih dalam rawatan serta mengambil ubat Antidepressant Medication (Escitalopram ) dan Carbamazepine (CBZ ). K Online

Janna tayang punggung, netizen yang panas




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Beri anak minum racun, suami isteri ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker