Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok-olok lepas desakan Agong

Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok-olok lepas desakan Agong. Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa kerajaan mengadakan sidang parlimen khas pada 26 Julai ini dibuat secara “olok-olok”, sebagai respons terhadap desakan Yang di-Pertuan Agong agar parlimen bersidang semula sebelum berakhirnya darurat pada 1 Ogos.

“Saya berpendapat bahawa persidangan ini hanya untuk menipu semua orang bahawa persidangan parlimen, telah diadakan.

“Tetapi, ia bukanlah sidang parlimen seperti yang kita tahu tetapi cuma majlis taklimat,” katanya dalam sidang media secara maya dianjurkan oleh Parti Pejuang Tanah air Malaysia (Pejuang).

Mahathir yang juga pengerusi Pejuang berkata parti mereka telah menghantar dua usul pada sidang Dewan Rakyat akan datang, tetapi telah ditolak oleh speaker Azhar Azizan Harun.

“Saya dapat surat daripada speaker yang berkata cuma Agong sahaja boleh bersetuju atau pun tidak sebuah usul dibahas.

“Tetapi, dia tak rujuk kepada Yang di-Pertuan Agong. Dia membuat keputusan bahawa usul saya tidak boleh dibahas,” katanya.

Mahathir berkata dua usul tersebut adalah mengenai pengisytiharan darurat dan Majlis Pemulihan Negara.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata bahawa partinya masih tidak membuat keputusan sama ada akan menghadiri sidang parlimen khas pada 26 Julai ini atau tidak.

“Kita nak tahu sama akan ada perbahasan atau tidak. Kalau ada perbahasan, ada usul kami akan hadir.

“Kalau tidak ada, kita akan berfikir hadir atau tidak. Itu kemudian, belum ada keputusan,” katanya.

Pejuang mempunyai empat ahli Dewan Rakyat termasuk Mahathir.

Azhar hari ini berkata bahawa sidang penuh Dewan Rakyat akan diadakan pada 6 Sept.

Pembangkang sebelum ini telah menyatakan kebimbangan bahawa persidangan Dewan Rakyat selama lima hari hanya akan menjadi sesi prosedur untuk memenuhi permintaan majlis raja-raja tanpa perdebatan yang mendalam.

Dewan Negara juga akan bersidang selama tiga hari.

Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok-olok lepas desakan Agong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker