Malaysia perlu contohi negara Asia Timur tangani krisis Covid-19

Sebaran :

Malaysia perlu contohi negara Asia Timur tangani krisis Covid-19. Pakar Ekonomi, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Vietnam dan Laos kini berjaya mengawal penularan pandemik itu.

“Selain di tiga wilayah sekitar Wuhan, tidak pernah ada perintah yang dipanggil ‘lockdown’ di seluruh China begitu juga negara di sekitarnya.

“Kita pula seolah-olah hanya mengikut cara barat yang mengenakan ‘lockdown’ dengan mengambil pendekatan hanya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP demi PKP,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada forum ‘Reset Malaysia: Mampukah Ekonomi Malaysia Diselamatkan?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Reset Malaysia pada Rabu.



Turut bergandingan bersama beliau ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi pakar ekonomi iaitu Dr Nungsari Ahmad Radhi dan Datuk Nizam Mahshar, manakala Ulya Aqamah Husamudin bertindak sebagai moderator.

Jomo yang juga bekas ahli Majlis Penasihat Kerajaan berkata, pendekatan yang dilakukan Malaysia juga seolah-olah hanya mengutamakan kesihatan semata-mata dan polis pula menjalankan tugas penguatkuasaan.

“Oleh itu, kita dapati tidak ada pendekatan yang menyeluruh yang dilakukan kerajaan melibatkan seluruh kementerian.

“Ia berbeza seperti di Korea Selatan, pada Februari tahun lepas, menerusi satu video pendek menteri luar negara itu melakukan tindakan tertentu secara bersepadu untuk menangani pandemik itu,” katanya.



Berikutan itu katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan menyeluruh dalam memerangi pandemik itu dengan melibatkan seluruh kementerian selain rakyat juga perlu dilibatkan secara bersepadu.

Malaysia perlu contohi negara Asia Timur tangani krisis Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ismail Sabri ‘jambatan’ selamatkan UMNO, kerajaan PN

 


Sebaran :

One thought on “Malaysia perlu contohi negara Asia Timur tangani krisis Covid-19

  • Terlalu ramai bijak pandai, ahli politik, dan orang biasa memberikan pandangan dan desakan. Kebanyakkannya kontra antara satu sama lain. Ada yang suruh tutup kilang dan masa yang sama dari kumpulan yang sama, ingatkan kerajaan banyak pusat perlancungan, industri yang terpaksa gulung tikar. Cakap biar betul data terkini Jepun juga mengenakan lockdown, kadar jangkitan vietnam menaik mendadak.Apa yang menjadi pokok persoalan sekarang, adakah rakyat kita mampu berdikari dan mematuhi arahan dan peraturan tanpa bantahan seperti negara cina,Taiwan, Korea dan Jepun? Kalau Ya, kita akan berjaya.

    Reply

Leave a Reply